suria

Ajal dalam kelab malam... Gara-gara terlanggar bahu, lelaki tempatan maut ditumbuk warga asing

Rakaman video tular di media sosial menunjukkan insiden pada Sabtu lalu.

SEORANG lelaki tempatan maut selepas ditumbuk lelaki warga asing di sebuah premis hiburan sekitar Petaling Jaya, Selangor pada 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam berkata insiden berlaku pada pukul 1 pagi.

"Suspek tidak berpuas hati selepas mangsa ada menendangnya sedikit selepas terlanggar bahu menyebabkan dia terus melepaskan satu tumbukan.

“Akibat tumbukan itu mangsa terjatuh dan cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Selasa.

Suspek yang berusia dalam linkungan 40-an itu direman sehingga 29 Mac ini.

"Rakan mangsa yang terbabit dalam pergaduhan itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain