suria

Guru anak lima bakal dikenakan tindakan tegas - Fadhlina Sidek

Fadhlina Sidek tegas tentang berkaitan pelajar. -Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun selepas siasatan polis selesai.

Tegas Menterinya, Fadhlina Sidek, guru berkenaan juga tidak boleh mempunyai sebarang urusan dengan pelajar terbabit selepas siasatan dan tindakan dikenakan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti guru wanita anak lima main cinta dengan pelajar sendiri terbongkar! Video berdua-duaan di pantai tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nampak kesan merah di leher anak selepas balik study dengan cikgu - Polis

Tambah beliau, tindakan tersebut adalah bergantung kepada siasatan polis manakala pelajar berkenaan pula wajar diberikan sokongan psikososial serta perlindungan sepenuhnya sebagaimana garis panduan kementerian.

Untuk rekod, mStar melaporkan pihak polis telah menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki terbabit yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.

Malah dia didakwa mempunyai kesan kemerahan pada leher susulan hubungan sulit yang terjalin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain