suria

Safee Sali, Fitria bercerai talak 2... Sebutan semula tuntutan nusyuz pada 30 April

Safee Sali dan Fitria sah bercerai talak 2.

IKATAN perkahwinan antara pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan Fitria Elfina Maharip berakhir dengan penceraian selepas konflik rumah tangga mereka berlarutan sejak bulan lalu.

Kedua-dua mereka disahkan bercerai dengan talak dua.

Hakim Syarie Mohd Fakhrurrazi Mahammad memutuskan demikian dalam prosiding pengesahan lafaz cerai selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor, Selangor pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas isteri ke kondominium gagal jumpa 2 anak tapi terserempak Safee Sali bersama bini baharu - “Saya merayu, mereka buat tak tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rindu 2 anak, dah lebih sebulan tak jumpa dakwa dibawa Safee Sali - “Mereka tak selesa, ada orang marah”

Terdahulu Fitria selaku plaintif berkata, dia menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee, 40, melalui aplikasi WhatsApp kepada telefon bimbit anaknya, pada 11 Februari lalu.

Sementara itu, Safee memaklumkan dirinya dengan niat jelas dan terang hati melafazkan cerai berkenaan sebelum ini.

Mohd Fakhrurrazi dalam penghakimanya berkata, mahkamah mengesahkan penceraian itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam mahkamah berasingan, sebutan semula kes tuntutan nusyuz oleh Safee sebelum ini ditetapkan pada 30 April depan.

Untuk rekod, Safee dan Fitria berkahwin pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain