suria

Ibu bapa menyesal pasang monitor, mata anak tiba-tiba menyala persis babak filem seram

Mata bayi itu tiba-tiba membesar dan menyala. FOTO: Twitter @PassionPopSoc.

KEPUTUSAN pasangan ini untuk membeli monitor bagi memerhatikan bayi mereka ternyata mengundang kejadian tidak diingini.

Mana tidaknya, paparan yang diperoleh menerusi monitor itu cukup menakutkan.

Rakaman itu kemudiannya dikongsi kepada orang ramai menerusi Twitter @PassionPopSoc.

"Kami dapatkan monitor untuk bayi dan rasa ia satu kesilapan," tulis kapsyen posting itu.

Ia memaparkan mata bayi itu menyala dan membesar, persis babak dalam filem seram.

Selain menimbulkan rasa takut, foto itu kemudiannya tular dan turut menjadi bahan jenaka dalam talian. - The Indian Express.

monitor, bayi, hantu, seram

Artikel Lain