suria

Misteri! Tiga objek bercahaya didakwa UFO ‘jatuh’ di Las Vegas

Satu rakaman menunjukkan tiga objek bercahaya ‘jatuh’ dari langit di Las Vegas, Amerika Syarikat pada waktu malam menjadi tular di internet. Foto: Dailystar

MISTERI! Satu rakaman menunjukkan tiga objek bercahaya ‘jatuh’ dari langit di Las Vegas, Amerika Syarikat pada waktu malam menjadi tular di internet.

Ahli teori konspirasi yang berjaya merakam footage tersebut mendakwa objek itu merupakan UFO.

Individu tersebut memuat naik di laman Youtubenya di mana ia telah dilihat lebih daripada 1,700 kali dalam masa enam hari.

Di dalam video, pelbagai mercu tanda di Las Vegas Strip dapat dilihat, termasuk hotel dan roda Ferris gergasi.

Dalam masa beberapa saat, objek bercahaya biru kelihatan terbang di dalam cahaya malam, kemudian ia diikuti dua objek bercahaya yang lain.

Dalam ulasan, Youtuber itu mendakwa objek itu terbang dengan kelajuan penuh dan menggambarkan fenomena itu sebagai ‘tidak masuk akal’. - Dailystar

UFO, Las Vegas

Artikel Lain