suria

Bayi perempuan dilahirkan dengan hidung seperti muncung babi

Rakaman satu video menunjukkan seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan wajah luar biasa dengan hidung seperti muncung babi menjadi tular di internet. Foto: CEN/Show news

RAKAMAN satu video menunjukkan seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan wajah luar biasa menjadi tular di internet.

Dalam klip tersebut, kelihatan bayi itu mempunyai hidung seperti muncung babi, telinga terbentuk di bahagian lehernya dan mulut yang hampir tidak kelihatan.

Bayi tersebut juga dikatakan tidak mempunyai rahang.

Dia dilahirkan di sebuah klinik swasta di Baku, ibukota Azerbaijan.

Walaupun punyai ciri-ciri wajah yang luar biasa, bagaimanapun organnya berfungsi dengan baik dan doktor mengatakan bahawa dia adalah bayi yang sihat.

Ketua Obstetrik dan Ginekologi Azerbaijan, Sevyndzh Mamedova berkata ibu bayi tersebut seharusnya dimaklumkan mengenai perkembangan anak semasa pemeriksaan ultrabunyi pada bulan ketiga kehamilannya, di mana wanita dapat memilih untuk menamatkan kehamilan dalam situasi seperti itu.

“Gagal mengenalpasti kecacatan seperti itu adalah jenayah. Keluarganya boleh membuat laporan terhadap pakar ginekologi dan ultrabunyi,” kata Sevyndzh. - Dailystar

hidung, muncung, babi, Azerbaijan

Artikel Lain