suria

Kanak-kanak dirawat tiga hari di hospital akibat sembelit gara-gara polisi ‘aneh’ sekolah

Polisi aneh sebuah sekolah di Cardiff yang enggan meletakkan tisu gulung di tandas menyebabkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun menderita sembelit. Foto: Media Wales

SEORANG kanak-kanak perempuan terpaksa dirawat di hospital selama tiga hari kerana menderita sembelit.

Ia gara-gara polisi aneh sekolahnya yang enggan meletakkan tisu gulung di tandas, demikian menurut ibu kanak-kanak itu.

Menurut Fahmin Khanum, 32, anaknya yang berusia empat tahun itu mengalami sakit perut yang teruk, dan kemudian didiagnosis sebagai sembelit.

Fahmin berkata anaknya menjadi takut untuk menggunakan tandas di sekolahnya gara-gara polisi tersebut.

Difahamkan, murid-murid di sekolah di Cardiff itu terpaksa mengambil kertas kitar semula untuk digunakan di tandas.

Ia bertujuan menggalakkan kanak-kanak hanya mengambil apa yang mereka fikir perlu, dan bagi mengelakkan tandas tersumbat.

Fahmin berkata: “Ini pengalaman yang traumatik. Anak perempuan saya agak berdikari dan dilatih menggunakan tandas sebelum memulakan sekolah pada bulan September dan dia tidak mempunyai masalah sebelum ini.

“Anak perempuan saya tidak membersihkan dirintya dengan betul di sekolah kerana polisi kertas tandas. Ini menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital,”katanya. - Metro.co.uk

sembelit, kanak-kanak, hospital, polisi

Artikel Lain