suria

Lupa angkat brek tangan, wanita bersama telur masuk semak dilanggar kereta sendiri

Kejadian itu dirakam menerusi kamera CCTV kediaman berkenaan.

SEORANG wanita di United Kingdom mengalami nasib malang apabila dia dilanggar kereta sendiri.

Kejadian itu berlaku kerana dia terlupa mengangkat brek tangan keretanya.

Menerusi kejadian di kota Kentish, dia menghentikan kereta tersebut sebelum keluar untuk meneliti telur yang diletakkan di atas sebuah meja.

Sewaktu dia sedang meneliti telur tersebut, kereta berkenaan bergerak sendiri sebelum melanggar dirinya.

Kejadian itu turut dirakam menerusi kamera CCTV.

Rakaman berkenaan memaparkan dia terjatuh ke dalam semak dan meja telur tersebut turut terbalik. - India Times.

 

Artikel Lain