suria

Michelle Yeoh terima ‘Medal of Freedom’ daripada presiden Amerika Syarikat

Michelle tersenyum gembira saat dikalungkan pingat kebebasan.

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menerima Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di White House, Washington pada Jumaat.

Anugerah itu diberikan kepada Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, selepas wataknya sebagai Evelyn Wong dalam filem Everything Everywhere All at Once berjaya memberi impak besar.

Biden dalam ucapannya memberitahu penampilan Michelle dalam filem berkenaan berjaya memecahkan setrotip jantina, budaya dan bahasa.

mic1

Michelle dan Joe sempat berbual semasa majlis penyerahan.

Malah dia juga percaya Michelle dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai.

"Di dalam dan di luar skrin, Michelle berjaya menghancurkan stereotaip dan siling kaca untuk memperkayakan, meningkatkan budaya Amerika.

"Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa, mempertahankan diri untuk seni mempertahankan diri, kepada komedi romantis, fiksyen sains, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita semua mempunyai persamaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang Oscar

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Michelle Yeoh wanita Asia pertama menang pelakon terbaik di ‘Anugerah Screen Actors Guild’

"Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Oscar, sebagai pelakon terbaik, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi dan hati terbuka. Dan itulah yang dia terus lakukan. Tahniah!," katanya.

Pada 23 Mac 2023, Michelle mencipta sejarah apabila menjadi wanita Asia dan Malaysia pertama memenangi Anugerah Oscar menerusi lakonannya dalam filem tersebut.

Selain Michelle, terdapat 18 individu yang turut mendapat pingat berkenaan seperti ahli politik Nancy Pelosi, bekas Senator Elizabeth Dole, bekas Naib Presiden Al Gore, Setiausaha Negara John Kerry dan Datuk Bandar New York terdahulu, Michael Bloomberg.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain