suria

Guru bercinta dengan pelajar siap meraba dalam kelas, pengetua enggan percaya laporan... Beri alasan ‘bini dia jauh lagi lawa’

Gangguan seksual dalam kalangan guru menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini. -Gambar hiasan

KES gangguan seksual atau membabitkan pemangsa pedofilia yang wujud dalam kalangan pendidik di sekolah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Mendakwa terpalit dengan isu sama, seorang wanita berkongsi pengalaman menjijikkan ketika mengikuti kelas bagi subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah menengah.

Menurut ceritanya di laman X, guru lelaki yang mengajar subjek berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan salah seorang rakan kelasnya.

"Kenangan di sekolah dulu. Cikgu lelaki mengajar subjek komputer sentuh bahagian tak sepatutnya di badan kawan perempuan.

"(Kejadian) Depan mata saya dan seorang lagi kawan," dia mengimbas kejadian ketika itu.

Story on handphones to be band at school. Students using their handphone outside the school after school session ended. — FAIHAN GHANI/The Star

Pelajar dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap gejala pedofil di sekolah. -Gambar hiasan

Enggan berdiam diri selepas melihat nafsu rakus seorang guru, dia dan rakan sekelasnya membuat aduan kepada pengetua di sekolah mereka.

Tindakan sedemikian diambil kerana menyedari guru terbabit tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap rakan mereka.

"Kami paksa (mangsa) yang disentuh tu buat laporan. Tapi dia tak nak sebab 'sayang' cikgu tu, takut diambil tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru pedofilia jalin hubungan sulit dengan murid akhirnya dipenjara 20 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar MRSM tiada bukti tuduh cikgu lakukan pedofilia... Kini polis siasat motif pengadu - “Guru itu mempunyai sikap baik”

"Jadi saya dan kawan pergi pejabat pengetua untuk buat laporan, risau student lain pula kena (raba)," ujarnya.

Namun, usaha untuk 'menyelamatkan' rakan dan mencegah insiden itu daripada terus berlaku hanyalah sia-sia.

Sebagaimana diceritakan, pengetua sekolah tidak memandang serius aduan tersebut.

Malah, kedua-dua pelajar berkenaan berasa rendah diri apabila rupa paras mereka diperlekehkan oleh pengetua sekolah yang tidak dinyatakan lokasi.

Terasa malu sungguh. Pengetua sendiri perli. Sejak kejadian tu kami pendam je apa-apa.

PENGADU

"Pengetua cakap, tak adanya dia nak sentuh awak-awak (pengadu) ni. Bini dia jauh lagi lawa.

"Memang isteri cikgu tu betul-betul lawa, putih melepak pakai kebaya kerja kerani sekolah yang sama.

"Terasa malu sungguh. Pengetua sendiri perli. Sejak kejadian tu kami pendam je apa-apa. Member (kawan) yang kena sentuh tu pula makin 'rancak' berbalas surat cinta dengan cikgu tu," jelasnya lagi.

Selepas perkongsian tersebut dibuat, warganet mula menyuarakan kisah yang mereka pendam selama ini.

Ternyata, ramai dalam kalangan mereka pernah berdepan situasi hampir sama.

Perkongsian pengalaman netizen susulan hantaran pengadu.

"Dulu masa darjah empat, cikgu lelaki tua sorang ni akan cubit puting semua budak yang buat salah termasuk pelajar perempuan. Masa tu tak tahu benda tu salah. Dah besar ni baru terfikir.

"Masa saya (sekolah), cikgu perempuan pegang-pegang pelajar lelaki. Pelajar tu cakap dia rasa takut tapi tak faham kenapa. Dia tak faham (diri) baru kena cabul. Pengetua bila dapat tahu cakap tak mungkinlah awak tak suka. Perangai pengetua-pengetua ni memang nak kena terajang.

"Teringat masa belajar dekat matrikulasi dulu. Masa kelas amali kimia ada seorang cikgu lelaki ni kacak juga la ramai budak perempuan suka dalam diam dengan dia. Tapi sedihnya dia macam ada nafsu dengan lelaki. Ni saya sendiri masa tutor, dia letak tangan dekat paha kawan lelaki dia gosok-gosok. Kejung sekejap kawan tu," komen netizen.

Posting wanita ini dibuat selepas seorang guru lelaki di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didakwa melakukan kegiatan pedofil terhadap pelajar disiasat.

Bagaimanapun, siasatan selesai selepas kenyataan diambil daripada kedua-dua pihak dan hasilnya mendapati tiada bukti menunjukkan berlakunya gangguan seksual terhadap mangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain