suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak cepat hidang di rumah terbuka... Mee Sanggul Goreng pun boleh!

Hidang mee sanggul goreng ini mudah dan cepat!

Selain rendang dan nasi impit kuah kacang yang wajib ada ketika rumah terbuka, Mee Sanggul Goreng yang mudah ini juga boleh dihidangkan kepada tetamu. Senang dan cepat!

Agak-agak kalau dah terlewat nak masak, boleh cuba resipi simple ini daripada blog Dari Dapur Aida yang ringkas ini!

Bahan-bahan:

3 paket mee sanggul

2 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

100 gram udang

5 sudu besar cili kering (dikisar)

3 sudu besar sos tiram

Kicap manis secukup rasa

Sayur sawi

Sayur tauge

Cara memasak:

Rendam mee sanggul dalam air biasa hingga lembut kemudian toskan.

Kemudian panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga wangi.

Seterusnya masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.

Masukkan udang dan kacau seketika hingga udang berubah warna.

Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.

Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan mee dan gaul rata.

Masukkan taugeh dan sayur sawi gaul hingga semuanya sebati.

Mee Sanggul, resipi, rumah terbuka, Syawal

Artikel Lain