Awas! Rambut bergumpal, botak antara kesan suka tidur ketika rambut masih basah

Tidur ketika rambut masih basah boleh menyebabkan rambut rosak.

SELEPAS seharian berada di luar, ramai daripada kita hanya akan sampai ke rumah pada waktu malam dan kebiasaannya sebelum tidur kita akan mandi bagi menyegarkan badan.

Bagaimanapun ada di antara kita yang akan tidur ketika rambut masih lagi basah - tabiat itu sebenarnya sama sekali tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan rambut anda rosak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lengan kiri lebih lemah berbanding kanan, kenapa ye?

Ada beberapa alasan mengapa tidur dengan rambut masih basah adalah tidak baik;



Rambut boleh rosak dan bergumpal.

1. Rambut kusut

Bagi wanita yang ingin mendandan rambut keesokan harinya, rambut akan lebih sukar diuruskan kerana ia menjadi kusut. Bagi menyelesaikan masalah itu, anda mungkin perlu membasuh dan syampu rambut sekali lagi.



Sebaik-baiknya keringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur.

2. Merosakkan akar rambut

Tidur dengan rambut basah bukan sahaja akan menyebabkan rambut kusut tetapi merosakan akarnya dan dalam jangka panjang boleh membawa kepada masalah rambut gugur dan kebotakan.

Ini kerana rambut berada dalam keadaan paling lemah ketika ia basah dan menyebabkan rambut mudah patah dan rosak.

Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika terpaksa juga tidur dengan rambut yang basah, termasuklah;



Guna perapi atau serum untuk menjaga kesihatan rambut.

1. Menukar sarung bantal dengan fabrik sutra atau satin. Ini kerana ia memiliki permukaan lebih lembut dapat mengurangkan risiko rambut bergumpal.

2. Balut rambut dengan skaf sutera atau fabrik lembut agar rambut tidak mudah rosak.

3. Jika ingin ikat ketika ia masih basah, pastikan ikatan itu longgar agar ia tidak tertarik ketika anda tidur.

4. Kerap menggunakan perapi atau serum pada rambut bagi membantu menguatkan rambut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Rambut, Tidur, Basah, Bantal, Serum, Perapi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

GRS menang majoriti mudah PRN Sabah