suria

Pelik tapi bergaya... khas buat tembikai, bayangkan jika ia dibawa ke pasar raya?

Bukan sembarang beg tetapi ia dihasilkan oleh jenama terkenal Jepun, Tsuchiya Kaban.

BAGI penggemar tembikai, nampaknya selepas ini anda tidak perlu lagi memikul buah yang berat itu selepas membelinya di pasar raya.

Ini kerana jenama terkenal Jepun, Tsuchiya Kaban tampil dengan sebuah beg khas untuk meletakkan buah tembikai!

ARTIKEL BERKAITAN: Panas! Kasut kotor siap ada kesan dipijak harga RM380, berminat?



Beg ini boleh dilaraskan kebesarannya bagi memuatkan pelbagai saiz tembikai.

Tetapi ia bukan sekadar beg mengangkut tembikai, Tsuchiya sangat teliti dalam reka bentuk beg tote itu bagi memastikan ia elegan dan tampak mewah buat si pemakai.

Ia juga menggunakan fabrik kulit berwarna cokelat yang menampakkan kemewahannya.

Direka oleh Yusuke Kadoi, keluaran beg istimewa itu adalah sebahagian daripada projek 'The Fun of Carrying' yang menggalakkan pereka fesyen mereka sesuatu di luar imaginasi dan kebiasaan.



Beg tembikai ini cukup bergaya!

Yusuke memilih menghasilkan beg tembikai kerana ia adalah buah kegemarannya setiap kali tiba musim panas di Jepun.

Berbentuk bulat dan mempunyai pemegang, beg tersebut boleh memuatkan sebiji tembikai berbeza saiz.

Ini kerana, Yusuke mereka beg tersebut agar ia boleh dilaraskan mengikut ukur lilit buah itu.



Ia diperbuat menggunakan kulit berkualiti tinggi.

Meskipun beg itu dilaporkan bukan untuk dijual tetapi ramai menyatakan minat untuk membelinya kerana bentuknya yang unik dan mewah.

"Bayangkan saya bawa beg ini ke pasar raya? Pasti banyak mata yang memandang! Ia bukan sekadar untuk letak tembikai, tetapi sebagai tas tangan biasa... memang bergaya!," tulis netizen di lnstagram rasmi Tsuchiya Kaban.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
tembikai, tote bag, Tsuchiya Kaban, fesyen

Artikel Lain