suria

Elak cabut bulu hidung, nasib tak baik boleh kena jangkitan otak… ‘Trim’ dah cukup

Ramai tidak sedar tabiat mencabut bulu hidung boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. - Gambar Sekadar Hiasan

TABIAT gemar mencabut bulu hidung tentunya perbuatan yang gemar dilakukan kebanyakan orang.

Tapi tahukah anda, bulu hidung berfungsi untuk menyaring udara yang masuk dan menjaga kelembapan di dalam rongga hidung?

Bulu yang terdapat pada permukaan hidung ini dapat mengelakkan partikel debu dan kuman dari udara menyelinap masuk ke dalam hidung. Ini termasuklah melindungi diri daripada menyedut kuman berbahaya.

Tapi biasanya kita akan cabut bulu hidung kerana tidak mahu ia menggangu penampilan selain faktor kebersihan walaupun trim adalah kaedah lebih selamat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Uban bukan petanda anda dah tua... Ketahui punca rambut cepat putih

Pada dasarnya, kita tidak disarankan untuk mencabut bulu hidung. Ia bukan sahaja menyebabkan sistem saringan udara menjadi lemah tetapi boleh menyebabkan tiga perkara berikut;

1. Jangkitan hidung

Mencabut bulu hidung sebenarnya membuka ruang kepada kuman untuk masuk ke dalam tubuh dan jika tersalah langkah, ia boleh mengakibatkan jangkitan kepada hidung anda.

2. Menyebabkan jangkitan otak

Tidak terhenti di situ, jangkitan pada hidung boleh mempengaruhi kesihatan otak anda. Pakar Otolaryngologis, Dr. Erich Voight berkata, ia turut boleh menyebabkan masalah meningitis.

Ini kerana kata Erich, jika kuman melalui vena (salur darah) yang mengalirkan darah dari hidung ke bahagian otak ia boleh menyebabkan radang otak.

Meskipun jarang berlaku, namun jangkitan ini boleh berlaku terutamanya kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah.

3. Bulu tumbuh ke dalam

Tabiat mencabut bulu hidung sebenarnya akan mendorong pertumbuhan bulu baru lebih jauh ke dalam. Situasi ini boleh menyebabkan masalah peradangan, sakit, rasa sakit serta bonjolan kecil.

Jika perkara ini terjadi, berhentilah mencabut bulu hidung. Sebaik-baiknya, guna kain yang dibasahkan dengan air panas untuk membersihkan kulit hidung. Jika keadaan semakin memburuk, berjumpalah dengan doktor.

Lebih mudah dan selamat, gunakan gunting untuk trim bulu hidung anda itu.

Bulu Hidung, Hidung, Jangkitan, Kuman

Artikel Lain