suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai masih tak tahu cara ‘tewaskan’ lalat... Guna 3 bahan buat perangkap DIY, memang menjadi!

Perangkap lalat yang terbukti berkesan.

LALAT yang terbang melilau di dapur pastinya mengganggu ketenteraman, tapi lebih merisaukan kerana ia berpotensi membawa pelbagai penyakit.

Pelbagai petua boleh dicuba untuk menghalau serangga berbahaya ini daripada terus membuat onar, namun ia tidak menjamin keberkesanan yang diingini.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok oleh J Deleon, ada dikongsikan cara yang lebih efektif untuk membasmi kehadiran lalat.

Tidak perlu menggunakan bahan kimia, hanya barangan yang sudah tersedia di dapur, ayuh kita lihat!

Bahan-bahan:

1) Botol minuman plastik saiz besar yang dipotong dua, hanya bahagian bawah akan digunakan bagi mengisi campuran

2) Gula perang

3) Satu sudu besar madu

4) Secawan air kosong

Proses penyediaan yang mudah.

Langkah-langkah:

1) Masukkan satu per tiga gula perang ke dalam botol minuman plastik yang sudah dipotong.

2) Tambahkan satu sudu penuh madu.

3) Masukkan satu cawan air kosong, kemudian kacau sehingga sebati.

4) Seterusnya tutup bekas menggunakan bahagian atas botol plastik yang diterbalikkan.

5) Akhir sekali, letakkan bekas tersebut di tempat yang kerap kelihatan aktiviti lalat. Siap!

Anda boleh melihat hasilnya hanya dalam masa beberapa jam selepas itu.

"Lalat akan tertarik dengan bau manis di dalam campuran yang disediakan itu, sehingga ia memasuki bekas dan terperangkap," jelas J Deleon.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain