suria

Dah ada cara mudah dan berkesan basuh baju putih... Pakai tanpa gusar, guna saja tip cucian ini jika terkena kotoran

Warna dan kebersihan baju putih dapat dikekalkan dengan teknik cucian ini.

BAJU putih sememangnya cantik digayakan pada bila-bila masa namun ramai yang mengelak untuk memakainya kerana mudah kotor dan kotorannya akan jelas kelihatan.

Nak membasuh atau mencucinya pula bukanlah mudah terutama baju yang terkena kotoran degil seperti kesan tanah, minyak, daki, darah dan sebagainya.

Bagaimanapun, seorang wanita berjaya menemukan cara mudah untuk menanggalkan kotoran yang melekat dibaju berwarna putih tanpa perlu menyental kuat seperti dilaporkan laman Express.

Menerusi teknik yang digunakan, bukan sahaja baju putih kelihatan lebih bersih malah baju lain juga akan berseri-seri warnanya.

Bahan-bahan:

120ml cuka

1 cawan garam

Sabun pencuci pakaian

Cara menggunakan:

1. Masukkan baju ke dalam mesin basuh dan tambahkan cuka di ruangan pelembut pakaian.

2. Kemudian tambahkan pencuci pakaian di ruangan yang sepatutnya bersama garam.

3. Adukkan kedua-dua bahan tersebut sehingga rata dan sedikit larut di dalam air.

4. Hidupkan mesin basuh menggunakan mod biasa yang sering digunakan.

5. Kemudian keringkan di ampaian seperti biasa. Warna asal baju akan kembali seperti baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain