suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pokok mangga berbuah lebat sampai patah tahan, isi manis... Tuannya guna ‘baja’ minyak masak

Buah mangga Kak Chah lebat sehingga dahannya patah.

MEREKA yang gemar menanam pokok buah-buahan pastinya mengharapkan hasil yang banyak dan lebat.

Namun adakalanya, pokok yang ditanam seakan merajuk dan tidak mahu berbuah meskipun dijaga rapi oleh tuannya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang wanita berkongsikan teknik yang digunakan pada pokok mangganya sehingga berbuah lebat.

Menurut Kak Chah, pokok mangga yang ditanam di tepi jalan berjaya mengeluarkan hasil yang lebat sehingga dahannya kendur.

Malah satu dahan besar telah patah disebab buah yang tersangat banyak.

Ini kaedah yang dilakukan Kak Chah pada tanaman mangganya yang bukan sahaja berbuah lebat, tetapi juga manis isinya.

1. Gali lubang pada jarak 30 sentimeter di sekitar batang pokok.

2. Kemudian tuangkan minyak masak terpakai ke dalam lubang tadi.

3. Jika buah mangga berulat di dalam, taburkan garam kasar keliling pokok pada jarak kira-kira 30 sentimeter dari batang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain