suria

Edar 100,000 origami naga, Mydin dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

Mydin memecah rekod untuk kraf naga kertas terbanyak diedarkan dalam sehari.

KRAFTANGAN menjadi lambang identiti pelbagai budaya di serantau benua.

Antaranya origami iaitu aktiviti melipat kertas yang berasal dari Jepun dan memerlukan tangan yang 'berseni' untuk membentuk haiwan dan bunga.

Rangkaian pemborong dan peruncit halal Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berjaya memecah rekod mengedar kraf naga kertas terbanyak dalam sehari dan mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records.

Sebanyak 100,000 origami kraf naga kertas yang dibentuk daripada surat khabar The Star diedarkan kepada orang ramai dan pelajar sekolah melalui cawangan Mydin di seluruh negara.

Penyerahan sijil disampaikan wakil Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin sambil disaksikan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang di Mydin Subang Jaya pada 1 Februari lalu.

Mengulas lanjut mengenai detik bersejarah itu, Ahimmat Mydin berkata inisiatif tersebut adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

"Kami mahu meraikan kepelbagaian perayaan di negara ini. Tanpa sokongan yang berbilang kaum, Mydin tidak mungkin akan bertahan dan kekal mampan dalam era perniagaan yang mencabar," ujar Ahimmat Mydin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain