suria

Tak sangka cecair cuci pinggan dengan haruman buah limau boleh halau nyamuk... Jimat dan selamat!

Nyamuk boleh dikategorikan sebagai serangga perosak yang perlu dihapuskan.

NYAMUK pastinya merupakan tetamu yang tidak diundang walau di mana saja kita berada.

Selain menyebabkan kegatalan yang teramat, serangga penghisap darah ini juga berpotensi membawa virus seperti denggi dan Chikugunya.

Pelbagai kaedah yang tersedia untuk menghalau dan membunuh nyamuk seperti semburan aerosol atau penggunaan gegelung ubat nyamuk.

Namun, teknik ini mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan dalam jangka masa panjang, malah harga dalam pasaran juga agak mahal.

Jangan risau, melalaui satu hantaran di laman Facebook, ada dikongsikan alternatif do it yourself (DIY) untuk membasmi nyamuk, lebih mesra kesihatan dan juga menjimatkan kos.

Ayuh kita lihat satu-persatu bagaimana caranya.

Bahan-bahan:

1) Cecair pencuci pinggan dengan haruman buah limau.

2) Pinggan makan kaca berwarna putih.

Langkah-langkah:

1) Letakkan sedikit air ke dalam pinggan, harus pinggan kaca yang berwarna putih.

2) Tambahkan beberapa titis cecair pencuci pinggan, ia haruslah mempunyai bau-bauan buah limau.

3) Letakkan pinggan yang sudah berisi campuran itu di beranda luar rumah, di bawah meja dan kerusi.

Tidak dapat dipastikan hubung kait antara nyamuk dengan haruman buah limau, tetapi mereka sering tertarik untuk berkerumun di sekeliling pinggan.

Selepas mereka terminum campuran sabun itu, mereka akan terus mati di kawasan berhampiran.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Berkebun Di Rumah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain