suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rugi kalau tepung cepat rosak, rupanya ini cara simpan yang betul

Tepung yang disimpan boleh cepat rosak sekiranya tersilap langkah. -Gambar hiasan (kanan)

TEPUNG merupakan ramuan utama dalam pelbagai jenis makanan.

Menjadi satu kerugian besar sekiranya tepung yang hendak digunakan tiba-tiba rosak seperti berbau hapak dan berulat.

Jangan risau, melalui satu hantaran di Facebook oleh Mastura Fuad, ada dikongsikan cara berkesan untuk memastikan tepung yang disimpan bertahan lama, seolah baru dibeli semalam.

Ayuh kita lihat satu-persatu bagaimana caranya.

Sebagai makluman, petua yang diberikan ini adalah sesuai untuk sebarang jenis tepung seperti tepung gandum, tepung beras dan sebagainya.

1) Peti ais

Masukkan tepung ke bahagian 'freezer' di dalam peti sejuk anda, biarkannya di situ selama dua minggu.

Jangan risau, tekstur tepung yag lembut tidak akan berubah apabila dibekukan. Dengan cara ini, segala kutu atau telur ulat di dalam tepung akan dimatikan.

2) Beg plastik berzip

Selepas dua minggu, keluarkan tepung daripada peti ais dan biarkan pada suhu bilik sehingga hilang wap sejuk.

Lap sehingga kering setiap bungkusan tepung dan simpan di dalam beg plastik berzip. Gunakan dua beg plastik berzip untuk satu paket tepung.

Bagi beg plastik berzip pertama, masukkan paket tepung seperti biasa, tutup dan ketatkannya.

Contoh beg plastik berzip - Gambar hiasan

Kemudian ambil beg plastik berzip yang kedua, masukkan paket tepung tadi yang sudah dibungkus, tetapi dengan arah berlawanan daripada bahagian kepala beg plastik berzip yang pertama.

Menggunakan cara ini, perlindungan dua lapis yang lebih selamat akan menghalang kutu daripada memasuki paket tepung.

3) Bekas makanan kedap udara

Akhir sekali, simpan paket tepung dalam bekas makanan kedap udara. Dengan cara ini, tepung akan dapat disimpan dengan lebih lama tanpa menjadi rosak.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain