suria

Wanita kongsi cara mudah dan murah sejukkan rumah tanpa pasang aircond, kini menggigil tidur malam!

Terdapat beberapa alternatif menjimatkan untuk anda menyejukkan kediaman.

CUACA panas melampau yang sedang melanda Malaysia menyebabkan kita hidup dalam suasana tidak selesa.

Situasi ini tidak begitu dirasai sekiranya kediaman anda dilengkapi pendingin hawa (aircond), namun apa pula alternatif bagi mereka yang kurang berkemampuan?

1. Aluminium foil

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sapiah Mamat berkongsi kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium foil.

Menurutnya, kaedah itu jauh lebih jimat memandangkan aluminium foil boleh dibeli secara dalam talian dan lebih murah berbanding kos pemasangan aircond.

"Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond. Tak sia-sia beli aluminium bubble foil dekat Shopee. Segulung tu 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang.

isuke alu foil by shopee

Aluminium foil boleh didapati pada harga yang jauh lebih murah berbanding kos pemasangan aircond. Foto: Shopee.

"Kawasan Kak Piah ni dekat laut, rumah pula jenis teres himpit-himpit, jadi tak ada banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak. Seawal 9 pagi dah rasa bahang. Kalau malam, tidur pasang dua kipas masih berpeluh.

"Tapi selepas pasang aluminium foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond. Aluminium foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah guna penghawa dingin, ini 5 cara nak sejukkan rumah anda!

Selain dipasang dalam siling rumah, aluminium foil juga boleh dilekatkan pada bahagian bawah atap yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekali gus menjadikan rumah lebih nyaman.

2. Exhaust fan

Antara kaedah lain, anda boleh membeli exhaust fan pada harga kurang RM50 untuk menjadikan suhu dalam rumah lebih terkawal.

Exhaust fan biasanya dipasang pada dapur untuk menyedut haba dan menghilangkan bau.

isuke exhaust fan

Exhaust fan tidak berfungsi untuk menyejukkan, tapi dapat menyedut keluar haba bagi menjadikan rumah lebih nyaman. Foto: Facebook.

Fungsi sebenarnya bukanlah untuk menyejukkan, namun pemasangan exhaust fan mampu menyedut keluar haba panas dari kediaman anda.

"Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling saja," tulis seorang pengguna.

3. Ais

Alternatif ini sememangnya menjimatkan wang, namun ia tidak bertahan lama dan memerlukan kerajinan untuk melakukannya.

isuke Aivee

Cara kreatif menggunakan ais untuk mendapatkan udara nyaman di kediaman. Foto: Aivee.

Caranya, halakan kipas ke arah ketulan ais yang diletakkan di dalam bekas bagi mendapatkan rasa sejuk seperti aircond.

Satu petua mudah, taburkan garam ke atas ketulan ais bagi menjadikannya kekal beku dengan lebih lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain