suria

Rumah anda ada kipas angin gantung? Jom semak fakta mengenainya yang mungkin tidak diketahui

Kipas angin gantung tidak berfungsi sebagai menyejukkan sesuatu ruang.

BOLEH dikatakan setiap rumah mempunyai kipas gantung terutamanya di ruang tamu dan bilik tidur bagi menyejukkan ruang ketika berehat.

Kipas jenis ini dianggap pilihan tepat kerana harganya yang murah selain penggunaan tenaga elektrik yang rendah berbanding penghawa dingin.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Elakkan letak barang di atas peti sejuk, ada bahaya menanti anda

Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana sebenarnya fungsi kipas angin gantung ini? Sebenarnya terdapat beberapa fakta mengenainya yang tidak diketahui termasuklah;

1. Ia tidak menyejukkan ruang

Ketika kipas angin dihidupkan, ia mula bekerja mengalirkan udara panas dan sejuk ke dalam sesebuah ruang.

Apabila udara itu menyentuh kulit kita, kelembapan dan peluh akan kering dan memberi kesan sejuk. Boleh dikatakan kipas jenis ini berguna untuk menyalurkan angin nyaman pada kulit manusia.



Bilah yang lebih besar dan panjang lebih efisyen.

2. Ia memanaskan ruang

Betul kipas angin gantung adalah sebuah alat membuatkan kita berasa nyaman tetapi ia juga menambahkan suhu panas kepada sesuatu ruang.

Mengapa? Ini kerana motor elektrik adalah alat yang mengubah tenaga elektrik menjadi tenaga mekanik yang sebahagiannya dilepaskan sebagai udara panas.

Daripada hukum kedua termodinamik, kita perlu tahu ke mana perginya udara panas itu, iaitu ke dalam ruang yang sejuk.

3. Bilah besar lebih efisyen

Kipas angin gantung dengan bilah atau daun kipas lebih besar dan panjang lebih efisyen manakala sebaliknya bagi bilah yang lebih pendek.

Atas sebab itu, bilah yang lebih besar sesuai untuk ruang seperti ruang tamu dan bilik tidur.

4. Kelajuan rendah lebih efisyen

Aliran udara kipas angin yang diukur dalam Cubic Feet Per Minute (CFM) iaitu daya dan kemampuan menyedut udara dalam tempoh seminit mendapati kelajuan sederhana lebih menjimatkan berbanding kelajuan tinggi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain