suria

Jangan alpa! Tingkatkan kemahiran diri tak kira kerjaya, persediaan hadapi cabaran pandemik

Redbeat Academy menawarkan pelbagai kursus meningkatkan kemahiran.

RAMAI meletakkan harapan tinggi dan bersikap optimis terhadap kedatangan 2021 meskipun realitinya kita masih berhadapan dengan wabak Covid-19 yang belum berkesudahan.

Sejak tahun lalu, sudah banyak perniagaan dan individu terjejas akibat pandemik ini dan kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada 4.8 peratus dengan 764,400 tidak mempunyai pekerjaan sehingga November 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: i-Sinar: Kebaikan dan keburukan mengeluarkan wang KWSP dari Akaun 1

Disebabkan itu juga, kita perlu mempelajari dan menambah kemahiran baharu sebagai persediaan selain bagi yang hilang pekerjaan, ini adalah masa paling sesuai melengkapkan diri.

Atas dasar itu juga, airasia Digital dan Google Cloud menubuhkan Redbeat Academy yang menawarkan kursus dalam talian dan bengkel teknologi seperti berkaitan data, perisian kejuruteraan, keselamatan siber, pemasaran digital, reka bentuk UX dan lain-lain lagi.

Tahun lalu, Redbeat Academy telah menerima lebih 1,2000 Allstars (kakitangan AirAsia) yang mendaftar untuk mempelajari kemahiran baharu dan tidak membiarkan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mematahkan semangat mereka.



Mohd Mustafa (kiri) dan Jim Chu tidak berasa selesa sebaliknya terus meningkatkan kemahiran sedia ada.

Bukan sahaja kru kabin, pengendali bagasi malah juruterbang telah lulus dalam kursus Digital Fundamental dan meneruskan karier mereka di dalam bidang teknologi.

Rata-rata peserta kursus itu memberitahu dunia sentiasa berubah tidak kira apa sahaja industri termasuk teknologi maklumat dan amat penting untuk meningkatkan kemahiran diri.

Menambah kemahiran diri turut disifatkan sebagai pelaburan berharga memandangkan ia bakal memberi pulangan terbaik pada masa hadapan.

Bagi Pengendali Bagasi Operasi Darat, Mohamad Hazriq memberitahu dia sentiasa berpegang kepada kata-kata untuk terus belajar tanpa mengira usia kerana mempelajari kemahiran baharu dapat menjadikan diri lebih baik.

Mohd Mustafa pula berpendapat keadaan yang sentiasa berubah membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyertai kursus itu bagi membolehkan dia terus kekal relevan dalam dunia pekerjaan.

"Atas sebab inilah saya membuat keputusan untuk meningkatkan kemahiran diri saya dalam bidang Pemasaran Digital dan berharap dapat menerapkan kemahiran baru ini pada masa akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Juruterbang, Jim Chu Aun Wong mengakui sebelum ini tidak pernah memberi perhatian tentang keselamatan siber atau dalam talian serta mengabaikan kebolehan jenayah siber sebelum ini.

Selepas menyertai kurus itu, Jim memberitahu ia telah membuka matanya tentang bahaya jenayah dan eksploitasi siber.

"Dunia kini berubah dengan persekitaran digital dan tiada sebab untuk kita tidak melengkapi diri dengan kemahiran digital baharu seperti Keselamatan Siber untuk meningkatkan pengetahuan kita dalam bidang ini dan mengalakkan keselamatan dalam talian," katanya.

Redbeat Academy bukan sahaja memfokuskan kepada Allstars tetapi ia juga terbuka kepada orang ramai yang berminat unuk menambah baik kemahiran diri dan digital baharu untuk terus kekal relevan dalam dunia mencabar hari ini.

Artikel Lain