suria

Siapa sangka bunga raya, 5 rempah dan herba ini boleh bantu kuruskan badan!

Ekstrak bunga raya yang dijadikan teh dapat membantu mengurangkan berat badan.

JIKA sebelum ini ramai yang memfokuskan kepada jenis-jenis makanan yang dapat membantu menurunkan berat badan, anda juga perlu tahu bahawa rempah dan herba yang dimasukkan ke dalam sajian juga ternyata mempengaruhi.

Selain daripada rempah dan herba berperanan untuk menambah rasa kepada makanan, ia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membantu badan membakar lemak lebih cepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Fakta atau auta... Rendam uncang teh terlalu lama tingkat risiko kanser dan kemandulan?

Antara 5 rempah dan herba utama yang dapat membantu menurunkan berat badan ialah;

1. Cili padi

Kegunaan cili padi adalah untuk memberikan rasa pedas ke dalam sajian. Jadi mungkin ada yang terfikir apa kaitannya pedas dengan turun berat badan.

Kandungan seperti kapsaisin yang terdapat dalam cili sememangnya menghasilkan rasa terbakar apabila bersentuhan dengan mana-mana tisu badan.

Bukan itu sahaja, kapsaisin juga dapat mengurangi rasa lapar. Ia seperti puas dan cepat kenyang apabila memakan makanan yang pedas.

2. Oregano

Oregano merupakan herba yang akan digunakan dalam sajian terutama dalam masakan Itali dan Greek.

Jenis herba ini terdapat dalam bentuk daun kering mahupun serbuk yang sering kali digunakan terutama dalam membuat sos pizza atau pasta.

Ia memiliki kandungan omega yang tinggi seperti zat besi, mangan dan antioksidan. Selain itu, oregano mempunyai kandungan komponen aktif seperti carvacrol yang dipercayai dapat melarutkan lemak pada tubuh badan.

3. Kayu manis

Kelebihan yang ada pada kayu manis ini sering kali dinilai sebagai rempah yang mempunyai aroma yang menarik sahaja.

Jelas, ramai yang tidak tahu antara manfaat yang ada pada kayu manis seperti kaya dengan antioksidan dan bertujuan memperoleh kesihatan yang baik.

Beberapa kajian yang dijalankan juga mendapati bahawa kayu manis adalah antara rempah yang dapat menurunkan berat badan.

Sebagai contoh, kayu manis dipercayai dapat mengurangi nafsu makan dan menekan rasa lapar.

4. Teh bunga raya

Antara potensi membantu menurunkan berat badan juga sememangnya terdapat dalam khasiat teh bunga raya.

Kajian mendedahkan bahawa ekstrak pada teh bunga raya ini mempunyai kesan terhadap metabolisme yang boleh mengelakkan obesiti dan pengumpulan lemak dalam hati

Ia juga dapat membantu membuang lebihan air dalam tubuh dan meningkatkan tahap kekenyangan.

5. Rosemary

Rosemary adalag tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti dalam masakan dan untuk ubat-ubatan.

Ia juga seperti herba-herba yang lain iaitu berperanan untuk membantu meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengatasi masalah pencernaan dan membantu bagi proses penurunan berat badan.

Cara-caranya adalah daun rosemary ini perlu direndam dalam air mendidih selama beberapa minit dan minum dalam keadaan perut kosong.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain