suria

Nak pilih yang mana, bahan pencuci serbuk atau cecair... ada beza ke?

Bahan pencuci cecair lebih sesuai untuk mencuci pakaian yang tidak terlalu kotor.

MENCUCI pakaian tidak lengkap tanpa menggunakan bahan pencuci dan kebiasaannya terdapat dua pilihan iaitu dalam bentuk serbuk dan cecair.

Tetapi di antara serbuk dan cecair, mana satu yang lebih baik atau kedua-duanya memberi kesan sama?

ARTIKEL BERKAITAN: Hilangkan bau busuk peti ais, baju dalam almari... itulah rahsia baking soda

Penggunaan bahan pencuci serbuk atau pun cecair itu sebenarnya bergantung pada kotoran pakaian yang ingin dibersihkan. Bahan pencuci serbuk lebih efektif digunakan pada pakaian yang terlalu kotor.

Ini kerana ia mengandungi bahan dipanggil alkylbenzene sulfonate yang mampu membersihkan kotoran seperti lumpur, darah, daki dan sebagainya. Oleh kerana itu, menggunakan bahan pencuci serbuk adalah pilihan paling baik.

Bahan pencuci serbuk menjadi pilihan kerana harganya lebih murah.

Sebaliknya, kandungan alkohol etoksilat yang terdapat dalam bahan pencuci cecair mampu memecahkan kotoran seperti minyak.

Ia juga lebih sesuai untuk penggunaan cucian tangan sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh serta boleh disapu terus pada kotoran berbanding bahan pencuci serbuk yang perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum merendam pakaian di dalamnya.

Antara kebaikan bahan pencuci cecair termasuklah ia tidak melekat pada pakaian. Berbeza dengan serbuk, ada kemungkinan ia boleh melekat pada pakaian sekiranya ia tidak larut dengan sempurna di dalam mesin basuh.

Kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri dan sesuai digunakan mengikut keperluan dan situasi ketika membasuh pakaian. Paling penting, ia dapat menghilangkan kotoran pada pakaian anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain