suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fakta atau auta... Rendam uncang teh terlalu lama tingkat risiko kanser dan kemandulan?

Penggunaan teh uncang cukup popular.

TIDAK disangkal lagi teh memang menjadi antara minuman kegemaran ramai kerana rasanya yang enak selain aroma wangi terutama jika diminum ketika panas.

Penggunaan teh uncang paling popular kerana dengan hanya merendam ke dalam air panas ia sudah sedia untuk diminum.

Tetapi tahukah anda, tempoh mencelup uncang teh juga memainkan peranan penting?

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah guna krim mahal... Teh matcha, jus ceri antara minuman dapat hilangkan jerawat.

Kebiasaannya, kita akan membiarkan sahaja uncang teh itu direndam kerana ia akan bertambah pekat dan menjadi lebih sedap.



Uncang teh tidak perlu direndam terlalu lama.

Pakar penyediaan teh, Ed Eisler memberitahu tidak ada salahnya merendam uncang teh tanpa mengeluarkannya daripada cawan sebelum diminum.

Bagaimanapun katanya, semakin lama uncang itu dibiarkan dalam minuman, ia tidak akan menjadikan teh lebih sedap atau pekat, sebaliknya, ia boleh menghilangkan aromanya.

Tidak hanya itu kata Ed, membiarkan uncang teh di dalam air akan menjadikan teh berasa pahit dan serbuknya akan keluar daripada uncang.

"Sebenarnya, uncang teh ini cukup sekadar kita celup dengan gerakan naik turun untuk beberapa kali. Kita tidak perlu merendamnya terlalu lama," katanya.

Sementara itu, terdapat kajian lain mendapati lebih lama uncang teh dibiarkan di dalam air, khasiatnya juga akan berkurangan.

Ini termasuklah kandungan klorin yang terdapat pada uncang akan menyebabkan kesan buruk kepada badan manusia seperti kanser, kemandulan dan sebagainya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain