suria

Awas jika si bulus gerakkan telinga... Ketahui 4 maksud di sebaliknya!

Ada sebab mengapa kucing menggerakkan telinganya.

KCUING dikenali sebagai salah satu haiwan peliharaan yang bijak meluahkan perasaannya melalui komunikasi bukan lisan namun ramai tidak menyedarinya.

Memelihara seekor kucing akan memberikan anda pengalaman untuk memahami emosi dan perasaan kucing dengan lebih mendalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda... Ditinggalkan bersendirian, ekor dipegang dan tangisan bayi antara 10 perkara dibenci kucing

Kemungkinan besar ramai yang perasan kucing suka mengerakkan telinganya tetapi tidak ramai yang tahu apa maksud tersirat di sebalik gerakan itu.

Berikut merupakan empat maksud gerakan telinga kucing yang perlu anda ketahui seperti dikongi The Source Pets.

1. Ingin tahu

Apabila seekor kucing itu mengerakkan telinganya ke hadapan ia menunjukkan suatu daya tarikan.

Gerakan itu dilakukan untuk mencari sumber suara yang menarik perhatian kucing selain ia sedang mengumpulkan sebanyak informasi dalam sesuatu situasi.

2. Gelisah

Jika seekor kucing itu berasa tidak tenteram atau rasa terancam, si bulus akan menggerakkan telinganya ke bahagian tepi.

Anda akan melihat telinga kucing seperti kapal terbang yang menonjol daripada setiap sisi kepala kucing. Maksudnya, kucing itu sedang menahan suara yang mengganggunya.

Tindakannya itu juga merupakan satu tanda perlindungan terhadap dirinya. Jika terdapat kucing lain turut melakukan perkara sama, isyarat itu akan dapat dikesan sesama mereka agar menjauhkan diri atau menghentikan apa-apa aksi yang mungkin membuatkan mereka berasa terancam.

3. Terganggu

Telinga si bulus yang bergerak-gerak pula bermaksud adanya sesuatu yang dirasai kucing itu seperti terganggu.

Sementara itu, jika ia menggetarkan telinganya, maka itu bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi. Jika berada dalam situasi ini, ia akan menyebabkan kucing boleh mengancam atau menyerang orang lain.

4. Takut

Pegerakan telinga dekat dengan arah kepala pula bermaksud mereka ini dalam ketakutan atau marah. Ini juga tanda mereka dalam keadaan bersedia sekiranya mereka diserang, dicakar oleh kucing lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain