suria

Bisnes stabil hancur sekelip mata! Usahawan tak sangka mampu bangkit selepas tersungkur, lebih maju selepas nampak hikmah pandemik

Chez Hamdan dan isteri, Sharifah Haziah Akmar sama-sama membangunkan jenama Chez Profesional dalam suasana pandemik.

SEBELUM pandemik Covid-19 melanda, usahawan muda ini boleh dikatakan selesa dengan perniagaan salun rambutnya namun tidak pernah menyangka seluruh hidupnya berubah selepas itu.

Perniagaan milik Halimi Hamdan atau lebih dikenali sebagai Chez Hamdan menerima kesan besar apabila tidak dibenarkan beroperasi sehingga membuatkan dia mengambil keputusan nekad untuk menutup salun itu kerana tidak lagi mampu menanggung kos yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup berhabis ratusan ribu, usahawan belanja semua staf bercuti ke Switzerland... tanda hargai pengorbanan sepanjang pandemik

Ramai memandang skeptikal terhadap pemuda berusia 36 tahun itu sehingga ada suara nakal mengatakan salunnya ditutup kerana dia diisytiharkan bankrap dan menanggung hutang yang banyak.

Namun itu bukan jalan mati buatnya tetapi ia adalah permulaan bagi perjalanan baharu dalam kariernya selepas mengambil keputusan untuk tampil dengan produk penjagaan rambut yang diberi nama Chez Profesional.

Chez 1

Pernah dituduh muflis, Chez tidak cepat melatah dan menganggap ia dugaan sebelum mengecap kejayaan.

"Kalau tak kerana pandemik ini, mungkin saya akan terus berada di zon selesa meneruskan operasi salun rambut. Saya mungkin masih berbelah bahagi biarpun sedar operasi perniagaan itu bagai telur di hujung tanduk.

"Kalau tak kerana pandemik ini juga mungkin saya tak berani mengambil keputusan atau membuat sesuatu yang berisiko. Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

"Saya pernah hampir jatuh tersungkur, dituduh bankrup apabila tutup salun dan bagai hilang punca dua tahun lalu ketika awal pandemik menyerang. Tapi saya bingkas bangun semula. Rupa rupanya berniaga produk ini lebih buat saya 'happy'," katanya.

Tahun 2020 umpama satu turning point dalam hidup Chez dan perniagaan apabila dia mula membuat perancangan baharu, menukar modul bisnes, gaya hidup selain melengkapkan diri dengan ilmu serta menggunakan teknologi untuk memperkenalkan produknya.

Kalau tak kerana pandemik ini juga mungkin saya tak berani mengambil keputusan atau membuat sesuatu yang berisiko. Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

CHEZ HAMDAN

PENGARAH URUSAN CHEZ PROFESIONAL

Norma baharu jelasnya telah mengubah sikap dan cerminan dirinya yang sebelum ini pemalu kepada lebih berani mengambil risiko dan mampu berhadapan dengan cabaran.

"Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap-gagap.

"Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu... tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah... belasah.

"Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa," katanya.

Chez dan Isteri

Usahawan ini tampil dengan produk Chez Upgraded 22.

Kembali bermula dari bawah, Chez memberitahu dia tidak kekok melakukan semua kerja dari mengambil tempahan sehinggalah proses penghantaran.

Usaha dan tidak kenal erti putus asa itu membuahkan hasil apabila bulan pertama produknya dijual, ia mencapai sasaran ditetapkan meskipun ketika itu negara berada dalam fasa awal pandemik.

Melihat produknya semakin laris, Chez menubuhkan syarikat Chez Profesional Sdn Bhd pada November 2020 yang berpangkalan di Taman Melawati Kuala Lumpur dan mengambil sembilan orang pekerja.

"Tahun lalu juga kita fokus penyelidikan dan pembangunan produk. Kita nak tambah baik mutu produk lebih premium. Kita mahu cipta fenomena," katanya.

Chez Selebriti

Antara selebriti yang sentiasa menyokongnya.

Sementara itu, Chez memberitahu meskipun pandemik banyak memberi cabaran dan dugaan kepadanya namun dia bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan selebriti seperti Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal, Ira Mohd Amin, Riena Diana, Mona Allen, Datin Anne Ngasri, Hairul Azreen, Norman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah, Maria Tunku Sabri, Josiah Hogan, Izreen Azminda dan ramai lagi.

Golongan selebriti yang dianggap sahabat ini katanya sentiasa menyokong dan menggunakan pengaruh mereka dengan mempromosikan produknya di laman sosial secara percuma dan membelinya.

"Benar kejatuhan dan ujian akan buat kita kenal siapa kawan dan siapa akan pergi tinggalkan kita saat diuji, itu lumrah hidup. Jika dikenang memang boleh buat air mata tumpah.

"Tetapi itulah kehidupan namun di sebalik yang menyokong dan memberi kata-kata semangat masih ramai malah ada rakan-rakan dalam kalangan selebriti tidak lokek membantu mempromosikan produk baru saya," jelasnya.

Chez Keluarga

Keluarga adalah inspirasi terbesar Chez.

Paling utama, isterinya, Sharifah Haziah Akmar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Chez Profesional banyak memainkan peranan dan dalam memastikan pengurusan syarikat terkawal dan sistematik.

"Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan saya. Isteri tersayang juga banyak memainkan peranan dalam kejayaan ini apatah lagi dia seorang yang cukup berilmu dan berpengetahuan dalam menguruskan perniagaan.

"Tanpanya di sisi saya, mana mungkin saya mampu kembali berdiri dan berhadapan dengan semua cabaran sepanjang pandemi," katanya.

Rangkaian produknya dengan tagline 'Your Home Your Saloon' hadir dengan kualiti seperti membuat rawatan di salun, bebas silikon, halal, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.

Chez Isteri 2

Chez berharap bisnesnya akan terus maju.

Kini seiring dengan kehadiran tahun 2022, jenama yang mempunyai tujuh jenis produk merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut itu turut diberi 'nafas baharu' dengan kualiti tambah baik menerusi Chez Upgraded 22.

Malah serentak turut dilancarkan kempen #duitdijari tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko bagi mereka yang mahu menjana pendapatan sebagai ‘agen elite’ dari rumah atau di mana mana saja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain