suria

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!

Jangan guna putik kapas untuk membersih salur telinga.

PENJAGAAN telinga amat penting bukan sahaja untuk kebersihan, sebaliknya mengelak daripada timbul masalah lain.

Terdapat dua fungsi telinga iaitu untuk pendengaran dan keseimbangan. Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Menurut Dr Aminah Bee Mohd Kassim, telinga manusia mempunyai tiga bahagian utama iaitu telinga luar terdiri daripada pina dan salur telinga, telinga tengah pula ada tiga tulang kecil yang dipanggil tukul, andas dan rakap, manakala telinga dalam merangkumi koklea dan salur separuh bulat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 'hiasan' berbiji di muka, nampak sama hakikatnya berbeza... ada tersalah anggap kanser kulit

Cara penjagaan telinga

Sel-sel dalam saluran telinga menghasilkan bahan melekit seperti lilin yang disebut tahi telinga (ear wax).

Tahi telinga mempunyai tiga tugas utama iaitu:

- Melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, serta mencegah telinga daripada menjadi kering dan gatal.



Titis minyak zait onbagi melembutkan tahi telinga.

- Mengandungi bahan kimia khas yang menentang jangkitan yang boleh merosakkan kulit salur telinga.

- Bertindak sebagai perisai antara persekitaran luar dan gegendang telinga. Tahi telinga memerangkap debu, kotoran, dan benda-benda lain daripada memasuki telinga anda.

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada tahi telinga perlu dibersihkan.

Tahi telinga mengalir keluar dari telinga secara semulajadi.

Apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan tahi telinga menggunakan kain bersih. Pastikan kuku jari anda pendek untuk mencegah kecederaan pada kulit



Putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga ditolak jauh ke dalam salur telinga.

Elakkan mengorek telinga dengan batang mancis, jarum, atau sebarang objek tajam. Mengorek telinga boleh menyebabkan luka pada kulit dan jangkitan penyakit.

Jangan guna putik kapas untuk membersih salur telinga. Mengorek telinga dengan putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga ditolak jauh ke dalam salur telinga.

Pendengaran akan berkurangan jika tahi telinga berkumpul dan menghalang gelombang bunyi daripada sampai ke gegendang telinga.

Jika telinga tersumbat, gunakan titisan minyak zaitun bagi melembutkan tahi telinga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain