suria

Awas! Individu obesiti berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 - Pakar

Golongan obesiti dikatakan lebih tinggi dijangkiti virus Covid-19.

MEMPUNYAI berat badan berlebihan atau obesiti berdepan dengan risiko dijangiti wabak Covid-19 yang kini melanda hampir seluruh negara di dunia.

Ketua Epidomologi Perancis, Jean-Francois Delfraissy yang merupakan penasihat kepada kerajaan berkaitan penyakit pandemik ini berkata, 25 peratus rakyat Perancis berdepan dengan faktor serius jangkitan virus ini termasuk umur, penyakit sedia ada dan obesiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Bahaya pegang wajah sendiri... Ini 5 tip kawal tabiat tanpa disedari ini

Tambahnya lagi, rakyat Amerika Syarikat (US) berdepan dengan tahap risiko lebih tinggi kerana jumlah obesiti mencecah 42.4 peratus daripada kalangan dewasa mengalami masalah terlebih berat badan.

Rakyat Amerika mempunyai peratusan tinggi masalah obesiti sekaligus risiko besar dijangkiti Covid-19.

“Virus ini sangat teruk. Ia boleh menyerang orang muda, terutamanya yang mengalami obesiti. Mereka yang mengalami masalah ini perlu lebih berhati-hati.

“Inilah situasi yang paling kita bimbang di Amerika Syarikat, yang mempunyai kaitan dengan masalah berat badan,” jelasnya.

Kajian mendapati individu yang mengalami obesiti lebih berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Kumpulan pakar mencadangkan bahawa mereka yang mengalami obesiti di AS sangat berisiko dengan pandemik ini sejak 1918 yang ketika itu berdepan dengan selsema Sepanyol.

Manakala kajian yang sedang dijalankan oleh University Michigan School of Public Health mendapati obesiti dalam kalangan dewasa yang dijangkiti selsema bukan sahaja berisiko mengalami komplikasi teruk, tetapi boleh menular lebih lama.

Selain itu, obesiti antara punca kepada masalah kesihatan kronik lain termasuk kencing manis tahap 2, strok, serangan jantung dan yang berkaitan dengan kanser. Dailymail.co.uk

Obesiti, Covid-19, Rikiso Tinggi

Artikel Lain