suria

Wanita kongsi cara ‘anti gagal’ buat kuih semperit, pasti cair di mulut... Hanya guna 3 bahan je!

Semperit boleh dihasilkan menggunakan tiga bahan sahaja.

JUADAH seperti lemang, rendang dan ketupat menjadi kemestian setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, kuih semperit juga merupakan antara menu yang 'wajib' dan sering menjadi kegemaran ramai.

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Azlina Ina berkongsi cara mudah untuk menghasilkan kuih semperit dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

Paling penting, kuih semperit itu bukan sahaja enak, malah ia terus cair apabila disuap ke dalam mulut.

Bahan-bahan

125 gram pure butter (kalau tiada, boleh guna marjerin)

1/4 cawan susu pekat (dalam 7-8 sudu besar)

270 gram tepung jagung (lebih kurang 2 cawan dan tambah 1/4 cawan lagi)

semperit 3

Kuih semperit boleh dibakar di dalam ketuhar dalam 30 minit sahaja.

Cara penyediaan

1. Masukkan butter, kacau dan kemudian tambah susu pekat. Kacau adunan ini sehingga rata.

2. Kemudian, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli menggunakan hujung jari.

3. Uli sehingga doh tidak melekat pada jari dengan tepung yang kita ada tadi mengikut keselesaan masing-masing. Sebagai peringatan, jangan tuang semua sekali gus tepung.

4. Masukkan doh dalam acuan, boleh guna acuan pecah 15 untuk mendapatkan bentuk yang cantik.

5. Anda juga boleh meletakkan hiasan coklat cip di atas semperit. Lebih cantik jika letakkan hiasan berwarna merah jambu.

6. Bakar pada suhu 160 dengan masa 25 hingga 30 minit bergantung kepanasan ketuhar masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain