suria

Sahur telur mata kicap dah biasa... Sesekali cuba masak dengan cili padi, lebih ‘kick’ terus hilang mengantuk

Menu ringkas tapi menyelerakan ini boleh disiapkan dalam lima minit sahaja.

RAMAI dalam kalangan kita yang sebenarnya malas untuk bangun bersahur.

Kita bukan sahaja 'sayangkan' waktu tidur, malah buntu untuk memikirkan menu sahur selepas bangun daripada tidur.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Dila Bibaah berkongsi menu telur cili padi yang boleh anda hasilkan dalam masa singkat untuk bersahur.

Menurut Dila, dia juga sama seperti kebanyakan orang lain yang tidak mempunyai selera untuk menjamah makanan pada waktu sahur.

Maka dia memilih menu ringkas itu kerana rasanya yang boleh membangkitkan selera, apatah lagi jika disajikan bersama nasi panas.

telur2

Masakan ringkas ini pastinya lebih enak jika disajikan dengan nasi panas.

Malah, Dila berkata menu itu juga boleh disediakan dalam masa lima minit sahaja.

Cara penyediaan:

1. Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan cili.

2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar.

3. Selepas itu, masukkan air ke dalam kuali.

4. Perasakan tumisan itu dengan garam, sos tiram dan air asam jawa.

5. Pecahkan dua biji telur di dalam kuali dan tutup dengan penutup sehingga masak.

Anda juga boleh mengolah sendiri menu ini mengikut selera masing-masing.

Jika suka masakan pedas, anda boleh menambah jumlah cili.

Anda juga boleh menggantikan telur dengan ayam, ikan, bebola, sosej atau sayur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain