suria

Tak sangka senang sangat buat kuah oden, guna 3 bahan je! Jimat duit, satu famili puas makan

Kuah oden boleh dihasilkan dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

ODEN merupakan masakan panas dari Jepun yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun jika diperhatikan, hidangan oden yang dijual di kedai atau restoran boleh mencecah sehingga berbelas atau puluhan ringgit, mengikut bahan-bahan pilihan anda.

Bagi yang memiliki keluarga besar dan mahu berjimat-cermat, anda sebenarnya boleh menghasilkan hidangan oden sendiri di rumah.

Untuk bahan-bahannya, anda boleh membeli aneka bebola serta jejari ketam yang dijual di pasaran.

Selain itu, anda juga boleh memasukkan mi, sayur, daging, makanan laut serta lauk-lauk lain untuk dimasak bersama kuah oden.

Sebenarnya tiada 'peraturan' dalam penghasilan menu ini, anda boleh membuat olahan sendiri dengan bahan-bahan kegemaran.

oden2

Anda juga boleh menambah mi untuk dimasak bersama kuah oden.

Menurut perkongsian pengguna Facebook Noor Syawalriah, anda hanya memerlukan tiga bahan sahaja untuk memasak kuah oden.

Kuah oden

1. 2 kiub pati ikan bilis

2. 4 kiub pati tomyam

3. Sepaket pes asam pedas

Campur semua bahan bersama air, tunggu mendidih dan anda boleh masukkan bahan-bahan seperti makanan laut, bebola dan sayur.

Bahan-bahan seperti bebola, makanan laut dan sayur tidak perlu dimasak dalam tempoh lama.

Untuk daging pula, pastikan ia masak terlebih dahulu sebelum dinikmati.

Sempena bulan Ramadan kali ini, hidangan oden juga sesuai dinikmat bersama keluarga selepas menunaikan solat tarawih.

Selain itu, ia juga boleh dipanaskan semula untuk dinikmati ketika sahur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain