suria

Viral air oren ala Vitagen... Senang je nak bancuh, mak-mak boleh hidang untuk anak berbuka puasa

Minuman ini sesuai disajikan kepada anak-anak ketika berbuka puasa.

TEMPOH sebulan berpuasa memberi cabaran kepada golongan ibu yang perlu memikirkan pelbagai menu masakan serta minuman untuk seisi keluarga.

Jika anda mencari kelainan, apa kata cuba bancuh air oren ala Vitagen untuk disajikan kepada si cilik ketika berbuka puasa.

Minuman yang tular di media sosial ini sangat mudah untuk dilakukan dan hanya memerlukan sedikit oren Sunquick dan susu pekat manis.

Cara-cara

1. Pertama sekali, masukkan susu pekat setengah cawan.

2. Masukkan sedikit air panas untuk sebatikan susu.

3. Kacau susu dan air panas, boleh tambah susu jika tak cukup manis.

4. Kemudian masukkan pati oren setengah cawan.

5. Gaul hingga sebati dan masukkan ais.

Bagi yang tidak mahu menggunakan ais, anda boleh membancuh minuman ini lebih awal dan sejukkan mengikut suhu peti sebelum berbuka puasa.

Cara penyediaan minuman ini dikongsi oleh Daddy Zoul menerusi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain