DI SEBALIK kemajuannya yang terkenal sebagai hab perniagaan dan industri, Batam di Indonesia sebenarnya memiliki kekayaan alam semula jadi yang begitu indah serta pelbagai lokasi yang menarik kedatangan pelancong dari serata dunia.
Pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini pastinya akan terpukau menyaksikan sendiri keindahan panorama laut yang terbentang luas serta gugusan pulau-pulau kecil yang mengelilingi daratannya.
Selain banyak destinasi menarik yang boleh dikunjungi seperti resort mewah, Batam juga menawarkan pelbagai aktiviti luar yang mencabar sehingga ke tempat menjamu selera terutamanya makanan laut segar dan terkenal.
Komited merealisasikan impian percutian anda, syarikat penerbangan Batik Air kini membuka laluan penerbangan ke Batam dengan perjalanan hanya sejam dari Malaysia.
Dengan lebih 60 destinasi di lebih 20 negara, Batik Air memastikan pengalaman perjalanan yang selesa, lancar dan menyenangkan buat semua pengembara.
Bagi anda yang sedang merancang percutian singkat ke Batam, ketahui 10 destinasi dan aktiviti menarik untuk diterokai sepanjang berada di sini.
Ikon Batam yang mengagumkan! Nikmati pemandangan indah dan suasana tenang di mercu tanda yang menghubungkan pulau-pulau Batam.
1. Jambatan Barelang
Menjadi lokasi paling ikonik di Batam, Jambatan Barelang adalah tempat wajib untuk mereka yang menginginkan foto dengan latar belakang pemandangan lautan indah dan menakjubkan.
Mercu tanda yang menghubung beberapa pulau di Batam ini juga merupakan tumpuan pengunjung untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam menjelang waktu senja.
2. Sukan air
Keadaan muka bumi Batam yang dikelilingi laut dan pulau-pulau kecil menyebabkan perairannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan seperti jet ski, banana boat, snorkeling, parasailing dan wakeboarding.
Aktiviti yang sangat mengujakan ini tersedia di kebanyakan lokasi tarikan pelancong, antaranya ialah Pantai Nongsa, Pulau Abang, Pulau Bintan dan Kepri Coral Resort.
Perairan Batam yang penuh dengan aksi dengan aktiviti sukan air seperti jet ski dan banana boat.
3. Lawatan pulau-pulau (island hopping)
Bagi mereka yang gemar menjelajah pulau-pulau berdekatan, Pulau Pengalap dan Pulau Putri yang hanya boleh dikunjungi dengan perjalanan bot yang singkat turut menawarkan kejernihan dan ketenangan pantai.
Jadi tidak hairanlah pengendali pelancongan tempatan menawarkan pakej lawatan selama sehari yang merangkumi pengangkutan, makanan dan aktiviti berpandu kerana ia memberi suatu pengalaman unik kepada pengunjung.
4. Ocarina Theme Park
Selain keindahan pantai, Batam turut memiliki destinasi percutian mesra keluarga iaitu Ocarina Theme Park yang menyediakan pelbagai jenis permainan sesuai untuk semua peringkat usia seperti roda gergasi, roller coaster, gelongsor air dan go-kart.
Berkeluasan 40 hektar, taman tema ini juga mempunyai kawasan yang dikenali sebagai Kampung Seni yang mempamerkan pertunjukan seni budaya yang menggambarkan kekayaan warisan budaya Indonesia khususnya Batam.
Rasai debaran menunggang ATV di laluan off-road yang mencabar di Batam, pengalaman penuh aksi yang tak boleh dilepaskan.
5. ATV ride
Peminat sukan ekstrem pastinya tidak senang duduk apabila mengetahui Batam turut mempunyai fasiliti kenderaan jenis ATV (ATV ride) di laluan off-road yang mencabar seperti jalan berbatu, tanah berpasir serta hutan.
Antara lokasi terkenal yang menawarkan pengalaman menyeronokkan ini kepada pengunjung adalah Nongsa ATV Adventure, Sekupang ATV Ride dan Batam ATV Adventure Park.
6. Aktiviti ‘team building’
Selain pelancongan, Batam juga merupakan destinasi terbaik untuk melakukan aktiviti team building kerana ketersediaan kemudahan seperti resort, hotel dan ruang sesuai untuk melakukan aktiviti luar termasuk ATV, paintball, rafting, mendaki bukit dan sukan pantai yang dapat memupuk nilai kerjasama serta semangat berpasukan.
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan ramai bagi aktiviti team building ini adalah Montigo Nongsa Resort, Batam View Beach Resort, Turi Beach Resort, Nongsa Point Marina and Resort dan Panrita Adventure Batam.
Uji kekuatan pasukan dengan aktiviti ‘team building’ yang menyeronokkan dan penuh cabaran. Jom bina kenangan dan semangat setiakawan!
7. Bukit Clara
Sekiranya sudah menjejakkan kaki ke Batam, tidak lengkap rasanya jika tidak melawat Bukit Clara yang menjadi ‘spot’ terbaik untuk bergambar sambil menikmati pemandangan Kota Batam dari aras tinggi.
Malah, di sini juga menjadi lokasi orang ramai sering mengambil gambar berlatar belakangkan tulisan ‘Welcome to Batam’ atau ‘Selamat Datang ke Batam’. Bukan sekadar itu, para pengunjung juga dapat menikmati hidangan yang menyelerakan di gerai makanan yang tersedia di pinggir bukit.
8. Membeli-belah
Apalah erti melancong sekiranya tidak membeli-belah pelbagai barangan terutamanya cenderahati daripada Batam, apatah lagi pulau ini terkenal sebagai Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas (Zon Bebas Cukai).
Daripada pusat membeli-belah moden hingga ke pasar menjual kraftangan tempatan yang meriah, tidak dinafikan Batam layak digelar syurga beli-belah dalam kalangan pelancong asing.
Antara lokasi membeli-belah yang mempunyai daya tarikan tersendiri adalah Nagoya Hill Shopping Centre, Batam City Square dan Mega Mall Batam Centre.
Kemewahan dan ketenangan… nikmati angin laut, layanan kelas pertama, dan panorama yang memukau di Montigo Resort. Percutian impian bermula di sini!
9. Montigo Resort
Selepas melalui segala keseronokan, luangkan masa yang berbaki untuk memanjakan diri dan berehat di spa mewah yang terletak di Montigo Resort.
Resort ini bukan sahaja menawarkan pengalaman urutan tradisional Indonesia, malah ia juga menyediakan percutian kesihatan lengkap merangkumi sesi yoga, meditasi dan pilihan makan yang sihat untuk mengecas semula minda dan badan anda.
10. Lapangan golf
Buat penggemar sukan golf, Batam memiliki lapangan golf yang berkualiti tinggi setanding standard antarabangsa seperti Sukajadi Club House, Tamarin Santana Golf Club dan Palm Springs Golf and Country Club.
Bukan itu sahaja, kelab golf di Batam turut menawarkan suasana lebih santai dan tenang untuk pengunjung bermain golf sambil menikmati udara segar dan keindahan alam.
ARTIKEL BERKAITAN: Teroka keunikan dan keindahan Borneo bersama Batik Air – Nikmati tambang menarik untuk pengembara!
ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman menakjubkan di Perth! Teroka keindahan alam dan budaya… Ini 4 destinasi menarik anda wajib tahu di Australia Barat
Terbang bersama Batik Air
Berita baik buat anda yang sudah memasukkan Batam ke dalam bucket list, Batik Air menawarkan keselesaan maksimum dengan menyediakan lebih banyak ruang kaki dan pilihan tempat duduk yang selesa, supaya anda tiba di destinasi dengan lebih bersemangat.
Bukan sekadar itu, Batik Air turut menyediakan fleksibiliti dalam pilihan tambang dari kelas ekonomi Economy SuperSaver hingga kelas perniagaan, dalam memastikan setiap keperluan penumpang dipenuhi tanpa mengorbankan keselesaan.
Penerbangan terus Batik Air ke Batam hanya mengambil masa kira-kira sejam, menjadikannya destinasi ideal untuk percutian hujung minggu bersama keluarga.
Jadikan perjalanan anda ke Batam bersama Batik Air sebagai satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, layari laman web Batik Air atau menggunakan aplikasi mudah alih Batik Air.