suria

Inilah masa sesuai cuti-cuti Malaysia! Rebut baucar tempahan AnCasa Hotels & Resorts serendah RM130... 3 lokasi, suasana berbeza tersedia buat anda!

AnCasa Hotel Kuala Lumpur merupakan lokasi ideal untuk menerokai Kuala Lumpur.

SEDIH kerana rancangan percutian anda ke luar negara tergendala? Jangan risau, sebenarnya banyak destinasi cuti-cuti Malaysia yang pasti membuatkan anda lebih tertarik dan berpuas hati.

Percutian domestik ternyata memberi keselesaan, kerana begitu dekat dengan diri anda sama ada masih bujang, berpasangan mahupun untuk seisi keluarga.

Jadi, inilah peluang untuk anda mengenali negara sendiri dengan lebih mendalam dan menerokai destinasi percutian yang menawan hati dan berbaloi.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana kebanyakan hotel pada masa ini turut menawarkan pelbagai promosi untuk menarik kehadiran pelancong tempatan.

Bagi anda yang tercari-cari destinasi percutian menarik, AnCasa Hotels & Resorts adalah jawapannya.



Ruang menyambut tetamu yang begitu selesa di Kuala Lumpur.

Segalanya tersedia buat anda menerusi tawaran pelbagai pilihan percutian – merasai ketenangan jauh dari hiruk pikuk bandar, menerokai perjalanan bersama teman-teman sehingga menikmati keseronokan bersantai di tepi pantai yang mendamaikan untuk seisi keluarga.

Anda juga boleh menerokai khazanah negara di pantai timur Semenanjung, atau menikmati tarikan urban di pusat bandar Kuala Lumpur.

Dari penginapan di AnCasa Hotel Kuala Lumpur, anda hanya berjalan kaki ke lokasi tumpuan komersial dan pusat membeli-belah terkenal di sekitar Bukit Bintang.

Anda juga boleh memanjakan diri dengan pemandangan serta pilihan membeli-belah dan hidangan menarik di ibu kota.



AnCasa Residences Port Dickson begitu sempurna untuk percutian di tepi pantai.

Dari hotel strategik itu juga anda boleh berkunjung ke Chinatown yang berdekatan, bukan sahaja suasana tarikannya yang berwarna-warni malah memukau pandangan dengan kecantikan seni bina tokong, flea market dan galeri seni unik yang menanti pelancong yang dambakan kelainan.

Jika mahu bersiar-siar di luar pusat bandar, anda boleh menggunakan kemudahan dari stesen transit aliran ringan (LRT), menaiki bas di terminal berdekatan, atau membuat tempahan Grab.

Namun, sekiranya anda memilih percutian di pesisiran pantai yang memutih dan bunyi ombak menderu lagi mendamaikan jiwa, AnCasa Residences Port Dickson di Negeri Sembilan semestinya memenuhi keinginan anda.



Memanjakan diri sepanjang percutian yang santai dan menyegarkan.

Penginapan ini terletak di tepi Pantai Teluk Kemang yang terkenal, dihiasi tropika Eden dengan lanskap berkonsepkan Bali yang menjanjikan istirehat santai dan menyegarkan.

Selain itu, anda juga disyorkan berkunjung ke Pahang, yang menyediakan kemudahan penginapan di AnCasa Royale Pekan di Bandar Diraja Pekan yang menghadap Sungai Pahang. Malahan, anda boleh berlayar untuk menikmati keindahan pemandangan dari kapal.



Keindahan kolam renang di AnCasa Royale Pekan.

AnCasa Hotels & Resorts, rangkaian hotel tempatan yang terus kukuh di industri selama 21 tahun, kini menawarkan tawaran berbaloi untuk pelancong serendah RM130 semalam.

Menariknya, baucar tempahan sah selama 12 bulan sekali gus menawarkan fleksibiliti kepada anda untuk merancang penginapan yang diingini.

Baucar itu juga tidak mempunyai tempoh tertentu sahaja kerana ia boleh digunakan pada waktu puncak seperti cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu. Menarik bukan? Tidak perlu pening kepala memilih tarikh percutian yang betul-betul sesuai.

Bukan setakat itu, baucar tersebut juga boleh dipindah milik, membolehkan anda menjadikannya sebagai hadiah percutian kepada seseorang, sekali gus dilihat sebagai baucar cukup sempurna. Jangan bimbang, pembeli baucar tidak perlu menghadirkan diri ketika mendaftar masuk.



Penginapan selesa untuk percutian anda.

Baucar yang cukup menarik ini tersedia untuk semua penginapan - AnCasa Hotel Kuala Lumpur, AnCasa Residences Port Dickson dan AnCasa Royale Pekan.

Jadi pilihan di tangan anda atau pilih saja ketiga-tiganya sekali. Satu tawaran untuk kesemuanya amat berbaloi dan tarikan berkali ganda!

Sejajar dengan #kitajagakita yang menyokong dan membantu memastikan perniagaan tempatan terus bertahan, dapatkan baucar anda hari ini dan nikmati percutian indah bersama AnCasa Hotels & Resorts.

Maklumat lanjut boleh layari laman web di www.ancasahotels.com.my

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain