Cabar adrenalin dalam pusat beli belah! Ini 11 permainan lasak lagi mendebarkan anda kena cuba di Escape Challenge

Pemandangan atas di Escape Challenge di Paradigm Mall yang dibuka kepada orang ramai sejak 22 Ogos lalu. - Foto ESCAPE

JIKA sebelum ini, kita perlu ke Teluk Bahang, Pulau Pinang bagi merasai pelbagai permainan mencabar di Escape Penang namun kini cabaran itu sudah berada di Lembah Klang!

Escape Challenge membuka pintu kepada pengunjung bermula 22 Ogos lalu yang dibina di dalam pusat beli belah Paradigm, Petaling Jaya dengan keluasan 3,500 meter persegi.

ARTIKEL BERKAITAN: Main, makan, tidur, ulang! Sehari tak cukup... perkhemahan dan aktiviti-aktiviti anda kena buat di Escape Penang

Ia adalah taman tema pengembaraan permainan aktiviti lasak dalam persekitaran bandar dan ideal, di mana keluarga dan rakan-rakan dapat merasai pelbagai cabaran dan keseronokan yang ditawarkan.



Cabaran Monkey Business antara yang mencabar di Escape Challenge.

Jika ada yang pernah ke Escape Penang, tarikan dan permainan di Escape Challenge adalah sama seperti di Teluk Bahang selain ia direka untuk semua pengunjung pelbagai peringkat umur, kemampuan fizikal dan keyakinan mereka.

Pengasas dan Ketua Pegawai Ekskutif Escape, Sim Choo Kheng berkata, Escape Challenge di Petaling Jaya adalah satu bentuk keseronokan retro-eko jenama itu dengan membawa permainan dan aktiviti luar dalam suasana kontemporari.

"Kami ingin menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pengunjung dan pihak Paradigm memahami idea ini kerana percaya jika kita membawakan perkara menarik, pengunjung pasti akan tertarik.



Jumping Jack mendebarkan tetapi menyeronokkan.

"Pusat beli-belah ini juga adalah tempat keluarga berkumpul, jadi aktiviti yang ditawarkan Escape Challenge kepada golongan ini cukup sesuai," katanya ada majlis pelancarannya yang diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohd Daud Mohd Arif dan Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls, Selena Chua.

Dalam pada itu, Choo Kheng berkata, pembukaan itu juga adalah sinergi antara Escape dan pusat beli-belah untuk membawa aktiviti luar ke pusat bandar.



Kids Playroom turut disediakan buat kanak-kanak.

Choo Kheng memberitahu Escape Challenge di Paradigm Mall yang dibuka ketika ini adalah fasa pertama dan pihaknya merancang untuk memperluaskan lagi aktiviti di pusat beli-belah itu pada masa hadapan.

Apa yang menariknya di Escape Challenge? Ini 11 permainan dan cabaran yang boleh anda cuba!

1. Monkey Business - Tarikan terbesar di Escape Challenge yang menampilkan 56 rintangan dengan tiga tahap berbeza bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman mendaki, kursus tali, zipline dan ayunan Tarzan.



Coco Climb dan Gecko Tower cabar ketahanan fizikal.

2. Gecko Tower - Sebuah tembok berbentuk bangunan dengan ketinggian 10 meter untuk pengunjung daki.

3. Aerobat - Trapeze terbang yang memberi peluang kepada pengunjung mengatasi ketakutan mereka terhadap ketinggian, terbang, berayun dan disambut oleh pelatih profesional.

4. Banana Flip - Slaid khas Escape Challenge yang membuatkan pengunjung mengelongsor dalam posisi hampir menegak setinggi 14 meter sebelum ia melengkung dan menghantar anda ke udara dan mendarat di atas beg udara.



Atan's Leap antara cabaran yang harus dicuba.

5. Atan's Leap - Platform 20 meter yang membolehkan pengunjung melompat bebas ke udara.

6. Monkey School - Versi mini Monkey Business untuk kanak-kanak berumur sehingga tiga tahun (Future Kids) dan empat ke 12 tahun, di bawah 120cm (Junior Kids)

7. Coco Climb - Teringin nak panjat pokok? Escape Challenge ada sediakan pokok kelapa setinggi 8 meter untuk anda!



Banana Flip menaikkan adrenalin anda.

8. Zoom Bug - Trek kanak-kanak dan orang dewasa menunggang dan berlumba

9. Airbag - Platform 2 meter dan 4 meter untuk tetamu melompat dan mendarat ke beg udara

10. Slingshot - Bungee terbalik di mana pengunjung akan diikat pada tali elastik sebelum melambung ke udara

11. Jumping Jack - Pengunjung boleh melompat di atas trampolin bagi mencuba flip dan trik baharu.



Zoom Bug bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi golongan dewasa.

Harga Tiket

Tiket untuk sehari

Future Kid (0 – 3 tahun) Percuma

Junior Kid (4 – 12 tahun) RM45.50 – RM65

Big Kid (13 – 60 tahun) RM68.60 – RM98

Super Kid (61 – 100+) RM45.50 – RM65 (percuma untuk Super Kids warganegara Malaysia, hanya perlu tunjukkan kad pengenalan diri di kaunter ditemani tetamu berbayar)

Tiket untuk 2 hari

Future Kid (0 – 3 tahun) Percuma

Junior Kid (4 – 12 tahun) RM67.90 – RM97

Big Kid (13 – 60 tahun) RM102.90 – RM147

Super Kid (61 – 100+) RM67.90 – RM97 (percuma untuk Super Kids warganegara Malaysia, hanya perlu tunjukkan kad pengenalan diri di kaunter ditemani tetamu berbayar)

Escape Challenge beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam. Layari www.escape.my/pj atau emel ke info@escape.my untuk maklumat lanjut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain