suria

Hanya 5 hari... Rebut peluang miliki pas tahunan Sunway Lagoon, nilainya 40 sen sehari!

Dapatkan pas tahunan Sunway Lagoon dengan hanya 40 sen sehari.

SEJAK kerajaan membenarkan pelancongan domestik, ramai daripada kita mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan ke destinasi menarik di dalam negara.

Sebenarnya terlalu banyak destinasi menarik yang boleh dilawati sehinggakan kita keliru untuk memilih lokasi sesuai dan menepati bajet.

ARTIKEL BERKAITAN: Main, makan, tidur, ulang! Sehari tak cukup... perkhemahan dan aktiviti-aktiviti anda kena buat di Escape Penang

Tapi jangan bimbang, Sunway Lagoon boleh menjadi destinasi pilihan terutamanya bagi yang menetap di Lembah Klang.



Terdapat pelbagai variasi harga dan tempoh bagi mendapatkan pas tahunan Sunway Lagoon.

Dengan cuaca panas ketika ini, sudah tiba masanya kita sejukkan diri dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan di taman tema air terkenal ini.

Bukan kanak-kanak sahaja boleh berseronok malah golongan dewasa juga boleh menikmati keseronokan selepas penat bekerja.

Paling best, Sunway Lagoon ada buat tawaran menarik iaitu serendah 40 sen sehari buat pemegang pas tahunan.

Ini bermaksud pas tahunan selama tiga tahun anda boleh beli dengan hanya RM365 sahaja!

Bagi pas tahunan selama dua tahun hanya RM315 manakala tempoh setahun, RM229 sahaja. Berbaloi, bukan?



Dapatkan pas tahunan dengan tawaran istimewa pada 20 hingga 24 Ogos ini.

Bagi setiap resti pembelian RM500 ke atas pula, pengunjung boleh membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan.

Sementara itu, bagi yang ingin memperbahrui pas tahunan mereka, mereka layak untuk membeli bermula dengan harga RM199 untuk tempoh setahun.

Pembaharuan untuk tempoh dua dan tiga tahun masing-masing berharga RM279 dan RM329.

Tapi biasalah, benda baik bukan selalu ada, tawaran hebat ini hanya berlangsung dari 20 hingga 24 Ogos ini di Sunway Pyramid. Apa tunggu lagi, elok rancang kunjungan anda ke taman tema itu nanti?

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain