suria

Selamat, bersih... tiada apa yang perlu ditakutkan jika bercuti di Selangor, ini sebabnya!

Sunway Pyramid antara tumpuan utama pelancong ke Selangor.

MELANCONG adalah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan penduduk dunia, tetapi bagi sesetengah orang ia mungkin sesuatu yang menakutkan terutamanya bagi pelancong yang memilih untuk melakukannya secara berseorangan.

Perkara utama yang sering difikirkan oleh kebanyakan pelancong sebelum mengunjungi suatu tempat adalah faktor keselamatan dan kebersihan.

Sekiranya seseorang dapat merasakan destinasi tujuannya selamat, ia akan menjadi faktor penarik untuk melawat tempat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Menara Kuala Lumpur dan Alor Setar dibuka semula, ada kejutan buat pengunjung!

Selangor adalah salah sebuah negeri yang menerima kunjungan pelancong yang paling ramai di Malaysia. Hal ini kemungkinan besarnya adalah didorong oleh faktor jaminan keselamatan pelancong ke negeri ini.



Polis Pelancong sentiasa memantau lokasi tumpuan pelancong. Gambar Facebook.

Unit Polis Pelancong

Unit Polis Pelancong yang ditempatkan di sekitar kawasan pelancongan popular seperti Batu Caves, Sepang Goldcoast, KLIA, KLIA2, Subang Sky Park, Boustead Cruise Centre dan pusat beli-belah terkemuka.

Dengan adanya Unit Polis Pelancong ini, pelancong wanita dan pengembara solo terutamanya, tidak perlu berasa risau tentang keselamatan mereka di negeri ini.

CCTV

Selain itu, terdapat banyak kamera litar tertutup atau CCTV serta pengawal keselamatan ditempatkan di premis-premis perniagaan bagi menjaga keselamatan pelancong dan masyarakat awam.

Selain itu, Sunway Pyramid, sebuah pusat beli-belah di Sunway City adalah yang pertama di Malaysia dilengkapi dengan fungsi butang panik.

Oleh itu, pelancong boleh berasa yakin bahawa keselamatan mereka berada pada tahap baik termasuklah ketika membeli-belah di negeri Selangor.



Renjer turut disediakan di kawasan yang menjadi tarikan semula jadi.

Tarikan semulajadi

Tarikan semula jadi negeri ini seperti FRIM Kepong, Sungai Chilling, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort tidak perlu dirisaukan lagi tentang faktor kebersihan dan keselamatannya kerana ia dijaga dengan baik dan diselenggara oleh syarikat pembersihan yang dilantik mengikut jadual berkala.

Para renjer hutan turut ditempatkan di sana untuk membantu menjaga keselamatan para pengunjung apabila diperlukan.

Kebersihan restoran

Seterusnya, setiap restoran dan premis makanan di Malaysia diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala dan dinilai dari segi kebersihannya dari masa ke masa.

Oleh itu, semua restoran dan premis makanan di Selangor juga dinilai secara kerap dan pelancong mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan dari restoran kelas A atau B di negeri ini.

Aplikasi SELangkah

Menggunakan konsep asas kawalan automatik yang pantas dan mudah sebagai inisiatif pendaftaran individu sebelum memasuki sesuatu premis perniagaan di negeri ini.

Dengan hanya mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit bagi mendaftar maklumat mereka secara maya, pengesanan kontak dapat dibuat jika terdapat kes Covid-19 di premis yang telah mereka kunjungi.

Akses aplikasi ini turut dikongsi bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan pengesanan individu untuk proses saringan kesihatan atau kuarantin yang lebih efisen.



Pelbagai penginapan untuk berehat dan menyedut udara segar di Selangor.

Penginapan

Seterusnya, terdapat banyak pilihan tempat penginapan yang boleh dipilih oleh pelancong di negeri Selangor seperti hotel, chalet, homestay, pangsapuri dan lain- lain.

Sebilangan besar penginapan ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan adalah selamat untuk pelancong.

Kebanyakan hotel turut dilengkapi dengan kawalan kamera litar tertutup 24 jam atau CCTV dengan fungsi kunci elektronik bagi mengelakkan sebarang aktiviti pecah-masuk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain