Tempahan penerbangan dibatalkan AirAsia? Jom ambil tahu cara boleh dapatkan kredit pada hari sama!

Tetamu AirAsia kini boleh mendapatkan kredit dengan lebih mudah dan cepat, pada hari yang sama permohonan dibuat.

PENGGUNA penerbangan tambang murah, AirAsia kini boleh mendapatkan kredit dengan lebih mudah dan cepat, pada hari yang sama permohonan dibuat.

Pemegang tiket yang mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh AirAsia dari 23 Mac hingga 31 Ogos 2020 boleh mengekalkan nilai tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG mereka pada hari yang sama permohonan dibuat.

Akaun kredit boleh digunakan dalam masa dua tahun (730 hari kalendar) dari tarikh dikreditkan dan tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau di aplikasi mudah alihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawaran bilik terlajak murah, Langkawi kembali jadi pilihan... kaki travel jom!

Langkah terbaharu itu sejajar dengan nilai syarikat yang mengutamakan tetamu dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketidakpastian dalam situasi terkini dengan penyelesaian yang lebih lancar.

AirAsia Virtual Allstar atau AVA akan membantu pelanggan untuk memohon Akaun Kredit mereka. Hanya kemukakan nama, e-mel dan nombor tempahan, kemudian, AVA akan memeriksa ID Ahli BIG yang diberikan untuk memastikan ia sama dengan nama dan rekod pendaftaran akaun Ahli BIG sebelum memproses kredit ke akaun mereka.

Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan AirAsia Adam Geneave berkata, pihaknya menghargai maklum balas yang diberikan oleh tetamu dan pasukan AirAsia telah bekerja keras untuk mencari penyelesaian yang lebih cepat dan mudah untuk mengakses pilihan pemulihan.

"Kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan Akaun Kredit yang lebih mudah kepada tetamu yang memilihnya sebagai kaedah bayaran balik untuk terbang bersama kami di masa hadapan. Kami berterima kasih atas kerjasama mereka, yang bukan hanya akan membantu kami mengatasi cabaran ini, malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain," katanya.

Tetamu yang telah memohon Akaun Kredit mereka akan menerima e-mel daripada AirAsia yang akan membantu proses permohonan kredit pada hari yang sama.

Selain itu, tetamu juga diingatkan bahawa Akaun Ahli BIG diperlukan untuk dikreditkan dan tertakluk kepada pengesahan tempahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, sila rujuk panduan di sini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

AirAsia, AirAsia BIG

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain