Oofers juara Kejohanan VRinity Special Force Ace 2019

Pemenang-pemenang Kejohanan VRinity Special Force Ace 2019, Iskandar Puteri yang berlangsung baru-baru ini.

PASUKAN Oofers diumum sebagai juara permainan e-sports berkonsepkan Virtual Reality (VR) yang pertama kali dianjurkan.

Selaku juara, pasukan Oofers yang dianggotai oleh Hayden Vickery dan Oscar Reynolds meraih wang tunai RM500 beserta pingat kejohanan selepas berjaya menewaskan pasukan lawan yang lain dalam kejohanan yang berlangsung pada 29 November 2019.

Pertandingan yang berlangsung di Mall of Medini, Iskandar Putri menyaksikan pasukan Oofers bukan sahaja mencatat jumlah kills tertinggi  tetapi turut berupaya mengekalkan jumlah deaths lebih rendah berbanding peserta lain.

Pengurus Besar Virtua Realm Sdn. Bhd, Afizi Azizan akui, pihaknya gembira dengan sambutan luar biasa diberikan oleh peminat permainan e-sports berkonsepkan VR itu dan berharap ia mampu berkembang lebih meluas di negara ini.

“Ini adalah kejohanan pertama di Iskandar Puteri dan kami amat gembira apabila melihat sambutan diberikan daripada pelbagai lapisan masyarat peminat permainan ini daripada pelajar, kakitangan Kerajaan dan mereka yang berstatus profesional.

“Diharap kejohanan ini dapat dikembangkan lagi sekali gus dapat memupuk budaya sihat dalam kalangan masyarakat terutama belia berikutan mampu memupuk semangat berpasukan,” kata Afizi.

Kejohanan yang mendapat kerjasama antara Virtua Realm Sdn Bhd dan Iskandar Innovations Sdn Bhd (ahli kumpulan Iskandar Investment Berhad) itu turut mendapat sentuhan daripada Pusat Kecemerlangan Virtual -VRinity yang menyaksikan permainan dijalankan dengan format berkumpulan melibatkan tiga peringkat saingan, kelayakan, suku akhir dan akhir.

Pusat Kecemerlangan Virtual - VRinity ditubuhkan hasil kerjasama antara Iskandar Innovations Sdn Bhd dan KT Corporation dari Korea Selatan. Teknologi yang terdapat dalam Pusat Kecemerlangan Virtual –VRinity dibawa khas dari Korea Selatan melibatkan platform pergerakkan, simulator perlumbaan dan sentuhan VR. 

Oofers, Virtual Reality, VR, Kejohanan

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19