15 pelumba eRacing semakin hampiri impian jadi pelumba sebenar

Salah seorang peserta yang menempah slot pada final eRacing Grand Prix Sea.
SERAMAI 15 peserta semakin menghampiri impian untuk menjadi pelumba sebenar selepas menempah slot pada final eRacing Grand Prix Sea.

Selepas lebih 200 peserta menyahut cabaran dalam ujian masa bulan lepas, 45 pelumba yang berada dalam kedudukan teratas berusia 15 hingga 40 tahun bersaing pada separuh akhir selama dua hari sebelum 15 pelumba teratas mara ke final.

Para peserta dibahagian kepada tiga kumpulan – Biru, Hijau dan Merah - untuk beraksi dalam perlumbaan sebanyak empat pusingan dengan lima pelumba teratas daeri setiap kumpulan layak ke final yang dijadualkan dari 31 Ogos hingga 1 September.

Hasil cetusan idea pelumba Formula One (F1) Malaysia, Alex Yoong yang juga pengasas Axle Motorsport, objektif utama kejohanan itu ialah merealisasikan impian pelumba maya itu untuk menjadi pelumba sebenar.

Alex Yoong pengasas Axle Motosport.

“Kita akan menyaksikan lima pemenang pada final tetapi hanya juara akan mendapat peluang untuk beraksi pada F4 SEA race. Selepas Malaysia, persinggahan seterusnya ialah Filipina diikuti oleh Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

"Juara atau dua pemenang teratas setiap negara akan mewakili negara pada final untuk menempah tiket untuk pemanduan sepanjang musim dalam siri perlumbaan yang akan diumumkan kemudian," kata pengarah pemasaran dan promosi Axle Motorsport, Belinda Xavier kepada Bernama.

Sementara itu, salah seorang finalis, Low Wooi Kit, 28, yang menyimpan cita-cita untuk menjadi pelumba, mengintai slot F4 SEA dengan melakar kemenangan.

"Impian saya adalah untuk menjadi pelumba sebenar, tetapi tidak dapat mencapainya kerana halangan kewangan. Selepas ini, saya akan menjalani latihan keras untuk memenangi kejohanan dalam beberapa minggu akan datang, " kata jurutera kelahiran Pulau Pinang itu.

e-sports, Sukan Sea, final e-racing

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19