Tujuh atlet Malaysia bakal bersaing pada Kejuaraan Asia Call Of Duty

Atlet Malaysia mendominasi Kejuaraan Asia COD.

PUSINGAN kelayakan Kejuaraan Asia Call of Duty (COD) 2019 untuk Zon Asia Tenggara berakhir dengan menyaksikan tiga pasukan menempah tiket ke Hong Kong 23 Mac ini.

Team Love Potion yang dibarisi dua atlet Malaysia Muhammad Irfan Danial Zapri (Derp) dan Muhammad Khaleef Irfan Safirul Azli (Imperium) bersama 2 atlet dari Filipina dan seorang dari Singapura muncul juara setelah menumpaskan penyandang juara Asia Championship 2018 Team Rampage dengan keputusan 3-1.

Tempat kedua dimenangi Team Rampage yang diwakili dua atlet Malaysia, 2 dari Singapura dan seorang dari Filipina.

Slot ketiga untuk ke pusingan akhir di Hong Kong dimenangi oleh Team Fame yang dibarisi tiga atlet Malaysia dan 2 dari Singapura.

Team Love Potion akan menjadi pasukan pilihan utama pada Kejohanan kali ini.

Tiga pasukan tersebut akan bersaing bersama  pasukan juara Korea Selatan bagi merebut kejuaraan Asia sekaligus melayakkan diri ke CWL Anaheim Open 2019 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ini bermakna atlet Call of Duty Malaysia mendominasi jumlah peserta yang terlibat dalam Kejuaraan Asia COD di Hong Kong.

Malaysia bakal diwakili tujuh orang atlet, lima dari Korea Selatan, lima dari Singapura dan 3 atlet Filipina.

Empat pasukan yang layak ke Hong Kong merupakan COD yang terbaik di Asia.

Call of Duty, Kejuaraan Asia, eSports

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19