suria

Ronaldo disaman RM4.67 bilion gara-gara promosi Binance

Ronaldo berdepan saman AS$1 bilion (RM4.67 bilion) gara-gara mempromosikan Binance. -Gambar AFP

CRISTIANO Ronaldo berdepan saman AS$1 bilion (RM4.67 bilion) selepas bekerjasama mempromosi mata wang kripto terbesar dunia, Binance.

Tuntutan yang difailkan di mahkamah di Florida mendakwa, promosi yang dilakukan penyerang Al-Nassr itu ke atas Binance adalah 'menipu dan menyalahi undang-undang'.

Kerjasama Binance dengan tokoh berprofil tinggi seperti Ronaldo, menurut tuntutan plaintif, membawa mereka ke dalam pelaburan yang mahal dan tidak selamat yang akhirnya mengalami kerugian.

Ronaldo menandatangani perjanjian dengan Binance tahun lalu bagi mempromosi Non-Fungible Tokn (NFT).

Bintang Portugal itu melancarkan koleksi NFT 'CR7' sulungnya dengan Binance pada November tahun lalu, menjelang Piala Dunia 2022.

Ia menampilkan tujuh patung animasi yang menggambarkan Ronaldo dari zaman kanak-kanaknya di Portugal sehinggalah detik-detik ikonik dalam hidupnya. -ESPN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi