suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harry Kane mahu terus bersama Tottenham Hotspur

Kane dilaporkan terbuka untuk mengikat kontrak baharu dengan Spurs.

HARRY Kane dilaporkan terbuka kepada idea untuk mengikat kontrak baharu bersama Tottenham Hotspur kerana mahu memenangi trofi bersama kelab London utara itu.

Jika benar, ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada Manchester United yang berhasrat mahu menandatanganinya.

Kane mempunyai baki kontrak 18 bulan atau sehingga musim panas 2024 bersama Tottenham.

The Athletic melaporkan Kane kini bersedia untuk mengadakan perbincangan sebaik sahaja jendela perpindahan Januari ditutup.

Timbul desas desus kebelakangan ini yang mengatakan United berminat untuk mendapatkan khidmat kapten England berusia 29 tahun itu.

Sekiranya persetujuan dapat dicapai, maka Kane akan terus kekal di Tottenham sekali gus memaksa United mendapatkan penyerang lain. - Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain