suria

Petani beri penghormatan dengan cara unik... Wajah Messi diabadikan di ladang jagung!

Wajah Messi diabadikan di ladang jagung.

DEMI memberi penghormatan kepada bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, petani di negara tersebut tampil dengan idea yang unik iaitu menanam jagung dengan meniru bentuk muka pemain terkenal tersebut.

Petani, Charly Faricelli memberitahu bahawa dia sememangnya merancang untuk mereka bentuk wajah Messi ke dalam ladang jagungnya tanpa mengira sama ada Argentina bergelar juara Piala Dunia 2022 atau sebaliknya.

"Idea itu adalah satu penghormatan daripada dunia pertanian kepada Messi, sama ada dia memenangi Piala Dunia atau tidak. Syukur, dia berjaya!

"Ia adalah 'tatu' pertanian," kata Faricelli.

Difahamkan, imej Messi dikembangkan menggunakan algoritma khas yang mengira tempat benih ladangnya di Los Condores, di wilayah Cordoba, tengah Argentina.

Faricelli menjelaskan bahawa 'dengan kemajuan dalam teknologi, traktor mengetahui dengan tepat semasa ia berjalan dan berapa banyak benih untuk disemai di sesuatu tempat'.

Faricelli turut mengalu-alukan idea tersebut ditiru oleh petani lain bagi menunjukkan penghormatan mereka, dan telah berkongsi perisian untuk mereka muat naik ke dalam peralatan masing-masing.

Menurut Faricelli, terdapat 25 wajah Messi di ladang jagung di lima wilayah berbeza. - Ndtv.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain