suria

Koma 24 tahun, pelumba basikal meninggal dunia pada usia 42 tahun

Alvarez meninggal dunia selepas koma selama 24 tahun. foto CEN

SETELAH berada dalam keadaan koma selama hampir suku abad, seorang pelumba basikal meninggal dunia pada usia 42 tahun.

Raul Garcia Alvarez, yang berasal dari Villacastin dekat Madrid, Sepanyol terbabit dalam kemalangan usia 17 tahun di kawasan pergunungan.

Laporan mengatakan dia terjatuh ketika melakukan perjalanan dengan kelajuan 80 kilometer sejam sebelum terbabas dan terjatuh dari benteng setinggi lima meter.

Insiden itu berlaku sejurus selepas dia menandatangani kontrak dengan pasukan berbasikal profesional Venta Magullo-B Melero, yang dijangka menjadi fasa seterusnya dalam kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kata tiada harapan, wanita koma selama 28 tahun akhirnya sedar

Alvarez mengalami kecederaan teruk di kepala dan dada serta luka dalam pada kakinya.

Dia dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan selama empat setengah jam, tetapi malangnya koma yang tidak dapat dipulihkan.

Alvarez menghabiskan masa sehingga setahun di hospital sebelum dibawa pulang dan dijaga oleh keluarganya sejak itu.

Bercakap kepada media El Norte de Castilla, abang Alvarez berkata: "Kami bersamanya sehingga saat terakhir, dan ia adalah sukar. Tetapi dia berehat dengan tenang.

"Doktor sendiri pun tidak menyangka dia boleh hidup bertahun-tahun lamanya.

"Saya percaya, jika dia hidup begitu lama, ia adalah kerana dijaga oleh ibu saya yang memantaunya selama 24 jam sehari." - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain