suria

Isteri Dani Alves luah rasa sedih... Ibu baru meninggal dunia, kini suami pula dipenjara - “Saya hilang dua tonggak hidup”

Joana meluahkan rasa sedih susulan penahanan Alves.

ISTERI Dani Alves akhirnya tampil membuka mulut susulan penahanan suaminya yang merupakan pemain antarabangsa Brazil.

Joana Sanz berkata dia telah kehilangan 'dua tonggak hidup' berikutan pemenjaraan suaminya dan kematian ibunya.

"Ibu saya meninggal dunia seminggu lalu dan saya hampir tidak dapat menerima bahawa dia tidak lagi bersama, ketika saya terseksa dengan situasi yang melanda suami saya. Saya telah kehilangan dua tonggak dalam hidup saya," kata model jelita berusia 29 tahun itu.

Alves ditahan pada Jumaat di Barcelona kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Polis Catalonia berkata, mereka menerima laporan pada 2 Januari lalu daripada seorang wanita yang mendakwa Alves menyentuh kemaluannya ketika di kelab malam tanpa persetujuannya.

Alves juga dituduh telah memaksanya untuk pergi ke tandas di kelab malam itu untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Jurucakap pemain bola sepak itu mengesahkan dia 'menafikan sekeras-kerasnya' dakwaan tersebut.

Beberapa jam selepas penahanannya, kelabnya di Mexico, Pumas mengumumkan pemecatan pemain tersebut. - Mirror.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain