suria

Aktif hasilkan video TikTok, atlet gimnastik raih populariti luar biasa

Peminat sanggup datang ke Utah membawa sepanduk untuk bergambar dengannya.

UNIVERSITI Negeri Louisiana (LSU) dipaksa untuk meningkatkan kawalan keselamatan untuk Olivia Dunne selepas gimnas itu dikerumuni peminat di sebuah acara di Utah.

Dunne, 20, menempah nama semakin popular selepas tular di media sosial apabila dia mempunyai hampir tiga juta pengikut di Instagram dan 6.7 juta pengikut di TikTok.

Jumlah tersebut menjadikannya popular di kalangan penaja dan membantu meningkatkan nilai bersihnya kepada $2.3 juta (RM10.2 juta).

Video lip-syncnya yang 'menggoda' di TikTok adalah bukti Dunne menjadi popular di kalangan peminat lelaki.

Mana tidaknya, ramai daripada mereka menghadiri acara di Utah sambil memegang sepanduk meminta untuk bergambar dengannya.

Tetapi sementara minat yang meningkat dalam gimnastik telah dialu-alukan, ia bukan tanpa isu.

Polis terpaksa menyekat peminat LSU daripada menaiki bas dinaiki Dunne sebelum acara di Utah.

Mereka mengupah pengawal peribadi untuk melindungi Dunne dan memastikan ahli gimnas lain selamat.

Terdahulu, kisah atlet gimnastik Amerika Syarikat, Olivia Dunne dijangka menjadi jutawan turut menjadi tular.

Penuntut LSU itu dikatakan meraih pendapatan tinggi susulan perubahan peraturan yang berlaku.

Dalam pindaan tersebut, pelajar yang bergelar atlet kini boleh menerima bayaran atas imej menariknya menerusi tawaran pengiklanan.

Sebelum ini, kolej dilarang membayar atlet mereka, namun kini pelajar dibenarkan mencari pendapatan menerusi kaedah itu.

Dahulu, agensi sukan WME mengumumkan mereka telah menandatangani perjanjian dengan atlet muda itu. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain