suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi, Mbappe tercalon dalam Anugerah Best Fifa... Ronaldo ‘diketepikan’ buat kali pertama

Messi tercalon dalam Anugerah Best Fifa.

ARGENTINA mengungguli Anugerah Bola Sepak The Best Fifa apabila disenarai pendek untuk beberapa kategori selepas kejayaan mereka pada Piala Dunia 2022.

Penyerang, Lionel Messi dan Julian Alvarez, penjaga gol Emiliano Martinez dan jurulatih Lionel Scaloni menerima pencalonan dalam anugerah tersebut.

Messi, bersama rakan sepasukannya di Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dan Erling Haaland dari Manchester City, adalah antara 14 pemain yang disenarai pendek untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik Fifa.

Pemain Real Madrid, Karim Benzema, yang memenangi anugerah Ballon d'Or 2022, turut berada dalam senarai pendek.

Bagaimanapun, Cristiano Ronaldo diketepikan daripada senarai calon buat kali pertama.

Fifa berkata ia akan mengumumkan tiga finalis dalam setiap kategori pada awal Februari.

Badan induk bola sepak dunia itu juga mengumumkan senarai pendek 11 pemain untuk Anugerah Puskas tahun ini bagi jaringan 'paling cantik', dengan jaringan hebat Mbappe ketika menentang Argentina sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara yang tercalon. - THE STAR/Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain